Tuesday, 23 February 2016

Resepi Ayam Masak Cili Taucu Yang Terbaik

Tags


Bahan-Bahan yang perlu anda sediakan ialah:-

{+}10 ketul ayam
{+}2 sudu taucu
{+}1 sudu sos tiram
{+}2 senduk cili kering yang dikisar
{+}bawang putih & merah untuk tumis
{+}1 labu bawang besar
{+}sedikit air asam jawa
{+}gula serta serbuk perasa.
{+}garam (jika perlu)

Cara-cara untuk Memasaknya:-

1. {+}Ayam digoreng sebentar. Kemudian, tumiskan bawang kemudian masukkan cili kisar.

2. {+}Masukkan pula sos tiram serta taucu. Masukkan air asam,gula serta serbuk perasa. Masak hingg pecah minyak.

3. {+} Setelah itu, masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Jika kurang rasa garamnya bolehlah dimasukkan garam (taucu & sos tiram dah sedia masin).

4. {+}Akhir sekali, masukkan bawang besar yang dipotong bulat. Gaul sebentar.

5. {+}Bila dah masak, angkat dan hiaskan dengan daun sup dan daun bawang. Hidangkan.


EmoticonEmoticon