Bahan-Bahan yang perlu anda sediakan ialah:-
(//)5 Paha Ketul Ayam
(//)6 ulas bawang merah
(//)2 ulas bawang putih
(//)2 sudu besar serbuk kunyit
(//)1 sudu kecil ketumbar (coriander powder)
(//)1 sudu kecil jintan manis (aniseed)
(//)1 sudu kecil jintan kasar (ground fennel seed)
(//)3 batang serai (2 dikisar dan 1 diketuk)
(//)Kicap pekat
(//)Cili kering
(//)1 tangkai daun kari
(//)3-4 helai daun limau purut
(//)Asam keping
(//)Minyak masak
(//)Garam dan gula
Cara-cara untuk Memasaknya ialah:-
1. (//)Kisar bawang besar, bawang putih, ketumbar, jintan manis, jintan kasar, cili kering dan serai.
2. (//)Gaulkan bahan yang dikisar bersama-sama kunyit dan kicap pekat. Kemudian perap ayam dengan bahan ini.
3. (//)Panaskan minyak dan masukkan ayam yang telah diperap ke dalam kuali. Bahan perapan jangan dimasukkan lagi.
4. (//)Bila ayam sudah agak masak, masukkan bahan perapan tadi. Masukkan juga daun kari, daun limau purut, serai dan asam keping.
5. (//)Masukkan garam dan gula secukup rasa.
6. (//)Siap untuk dihidangkan. Selain nasi, boleh juga dihidangkan bersama-sama nasi impit.
EmoticonEmoticon