Saturday, 4 February 2017

Perkongsian Tips Dari Ustaz Farid Ahmad Untuk Mendidik Anak. [ Baca Dan Amalkan..!! ]

Tags


Perkongsian Tips Dari Ustaz Farid Ahmad Untuk Mendidik Anak. [ Baca Dan Amalkan..!! ]

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang di rahmati Allah..

Dibawah adalah 7 Rahsia mendidik anak dari Ustaz Farid Ahmad.

#Rahsia Pertama :

  • [=]Apabila melihat anak menangis, jangan buang waktu untuk mendiamkannya. Cuba tunjuk awan atau burung di langit agar anak melihatnya. Anak akan terdiam kerana psikologi manusia ketika menangis adalah menunduk.


#Rahsia Kedua : 

  • [=]Jika ingin anak berhenti bermain, jangan kata: “Sudah, berhenti main!”. Tapi katakan kepada mereka: “Main 5 minit lagi ya”. Kemudian ingatkan kembali: “Dua minit lagi ya”. Kemudian barulah kata: “Waktu main sudah habis”. Mereka akan berhenti bermain.


#Rahsia Ketiga : 

  • [=]Jika anak-anak berbalah atau bergaduh, dan anda ingin meleraikan mereka, maka katakanlah: “Siapa mahu mendengar saya bercerita, angkat tangan.” Salah seorang akan mengangkat tangan, kemudian disusul dengan anak-anak yang lain, dan semuanya akan diam.


#Rahsia Keempat :

  • [=]Katakan kepada anak-anak sebelum tidur: “Jom tidur sayang.. besok pagi kita solat subuh”, maka perhatian mereka akan selalu ke akhirat. Jangan kata: “Tidur sayang, besok kan sekolah”, akhirnya mereka tidak solat subuh karana perhatian harinya kepada dunia.


#Rahsia Kelima :

  • [=]Nikmati masa kecil anak-anakmu, karana waktu akan berlalu sangat cepat. Kenakalan anak-anak tidak akan lama dan ia akan menjadi kenangan. Bermainlah bersama mereka, ketawa bersama mereka, bergurau bersama mereka. Jadilah anak kecil saat bersama mereka, ajarlah mereka dengan cara yang menyeronokkan.


#Rahsia Keenam :

  • [=]Tinggalkan HP dan matikan TV jika mampu. Jika ada teman yang telefon, katakan: “Maaf, sekarang saya sedang sibuk bersama anak-anak”. Ibu bapa yang bijak tahu bagaimana cara untuk mengimbangi urusan luar dan pendidikan anak.


#Rahsia Ketujuh :

  • [=]Selain itu, jangan lupa berdoa dan bermohon kepada Allah, agar anak-anak kita menjadi perhiasan yang menyenangkan, baik di dunia mahupun di akhirat.


Sumber : tazkirah.net


EmoticonEmoticon