Friday 10 February 2017

Lelaki Ini Berjaya Turunkan Berat Badan Sebanyak 30kg Selepas Cintanya Ditolak.

Lelaki Ini Berjaya Turunkan Berat Badan  Sebanyak 30kg Selepas Cintanya Ditolak.

[=] Mohd Syafiq pernah mengalami kekecewaan kerana apabila wanita yang disukainya memilih org lain kerana saiz tubuh badannya yg besar telah mendorong seorang anak muda Kedah utk melakukan perubahan dgn memulakan langkah utk mengurangkan berat badannya.


[=] Bermula dgn berat sebanyak 110 kilogram, Mohd Syafiq Abd Jalil, 22, nekad untuk berubah dengan menjaga pengambilan makanan sehariannya dan melakukan rutin senaman dengan lebih serius apabila bersenam di gimnasium sebanyak enam hari seminggu.


[=] Dalam tiga bulan pertama misi pengurangan berat badan, Mohd Syafiq telah berjaya mengurangkan berat sebanyak 30 kilogram (daripada 110kg kepada 80kg) dan beliau menjadi lebih positif dalam kehidupan seharian dan lebih ceria.


[=] Apabila ditanya berkenaan kesukaran yang dialaminya sewaktu hendak memula diet dan proses penurunan berat badan, beliau mengakui terdapat beberapa ketika tidak rasa bersemangat namun perkara pertama yang dilakukan adalah mengubah pemikiran bahawa dirinya mampu untuk membuat perkara tersebut serta sokongan daripada ahli keluarganya.


[=] “Mula-mula kena ubah mindset dan ia agak susah kerana sudah terbiasa tetapi Alhamdullilah mulakan dengan perlahan dan jangan tergesa-gesa kerana badan kita akan terkejut,” ujar Mohd Syafiq ketika ditemubual.


[=] Daripada segi pemakanan, beliau akan sedaya upaya menyediakannya sendiri setiap makanan yang hendak dimakannya kerana lebih mudah untuk mengawal penggunaan gula, garam ataupun minyak serta pengambilan karbohidrat. Selain itu beliau turut mempunyai cheating day untuk beliau makan apa sahaja dalam jangka masa setiap dua minggu berdiet supaya tidak terlalu bosan.


[=] Salah satu tips senaman yang dikongsi Syafiq adalah dengan melakukan pelbagai jenis senaman yang boleh meningkatkan kadar degupan jantung kerana apabila jantung berdegup lebih laju ia akan menaikkan suhu badan dan secara tidak langsung ia meningkatkan kadar metabolisma dan membakar lebih banyak lemak.


[=] Kini setelah hampir dua tahun berusaha berat Mohd Syafiq yang terkini adalah 69kg dan beliau juga dalam proses untuk membentuk otot-otot supaya mempunyai tubuh badan yang kelihatan lebih menarik kerana kini beliau turut menjadi model sambilan.


[=] Syafiq juga mempunyai perancangan untuk memotivasi orang lain yang berbadan besar untuk mengurangkan berat badan kerana baginya perkara itu bukanlah sesuatu yang mustahil cuma ia memerlukan kecekalan dalam hati.


[=] “Sekiranya anda mempunyai impian, jangan hanya biarkan ia sekadar impian tetapi anda perlu berusaha merealitikan impian tersebut,” ujar Syafiq


EmoticonEmoticon