Kenapa Anda Di Nasihatkan Untuk Buang Batu-Batu Kecil Dicelah Tayar. Ini Sebabnya. Baca Dan Sebarkan Untuk Keselamatan Bersama..!!
[=] Adakah anda perasan setiap kali selepas pemanduan, terdapat batu2 kecil yang tersepit pada tayar kereta?
.
.
[=] Semasa melakukan penyelenggaraan kereta, kebanyakan orang tidak akan mempedulikan batu2 kecil tersebut. Namun begitu, tahukah anda bahayanya apabila batu2 kecil itu dibiarkan sahaja di dalam tayar kereta?
.
.
[=] Seperti yg diketahui ramai, bunga pada tayar kereta memastikan bahawa kereta tidak tergelincir semasa hari hujan. Apabila terlalu banyak batu2 kecil tersepit antara bunga tayar, suatu bunyi yang kurang menyenangkan akan terhasil. Akibatnya, cengkaman tayar menjadi lemah pada hari hujan atau salji sehingga kemungkinan kereta tergelincir di jalan raya amat tinggi.
.
.
[=] Selain itu, batu2 kecil yang tajam itu boleh menembusi tayar menyebabkan tayar bocor malah merosakkan rangkaian wayar kumia di dalam tayar hinggalah tayar pancit. Keadaan ini amat berbahaya kerana kereta boleh gagal dikawal sehingga membawa kepada kemalangan jalan raya.
.
.
[=] Sungguhpun kebanyakan batu kecil ini akan terkeluar sendiri apabila anda memandu namun masih ada yg tersepit di celah tayar justeru membahayakan nyawa pemandu dan penumpang. Oleh itu, sentiasa ingat untuk mengeluarkan batu2 kecil yang tersepit pada tayar demi keselamatan diri dan orang lain.
.
.
[=] Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.
EmoticonEmoticon