Friday, 3 February 2017

Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un. Sepasang Suami Isteri Maut Ketika Dalam Perjalanan Ke Majlis Kenduri.


Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un. Sepasang Suami Isteri Maut Ketika Dalam Perjalanan Ke Majlis Kenduri


[=]Kelantan : Sepasang suami isteri yang dalam perjalanan ke majlis kenduri, maut apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) yang mereka naiki terbabas dan bertembung dengan sebuah kereta di Kampung Wakaf Tok Wali, Peringat, hari ini.
.
.
[=]Mangsa dikenali Anuar Yahya, 55, dan isterinya, Noriah Ismail, 52, maut di tempat kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari.
.
.
[=]Difahamkan dalam kenderaan mangsa ada dua lagi penumpang yang cedera iaitu seorang anak dan seorang cucu kepada pasangan suami isteri yang terkorban itu.
.
.
[=]Saksi, Zakaria Yaacob, 52, berkata beliau sedang memandu di belakang Toyota Isis milik mangsa dari Kubang Kerian menghala ke Melor. Katanya, sebaik tiba di tempat kejadian, tiba-tiba tayar MPV mangsa dipercayai pecah menyebabkan kenderaan itu terbabas dan memasuki lorong bertentangan.
.
.
[=]"Sebuah Proton Iswara Aeroback yang datang dari arah Melor tidak sempat mengelak lalu bertembung dengan MPV berkenaan menyebabkan kedua-dua mangsa tercampak keluar daripada kenderaan ke atas jalan raya," katanya ketika ditemui tempat kejadian, hari ini.
.
.
[=]Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Superintendan Setapa Yusoff, ketika mengesahkan kejadian itu berkata, kedua-dua mangsa yang maut berasal dari Kampung Pauh, Pengkalan Chepa.
.
.
[=]Katanya, mereka dikatakan dalam perjalanan untuk menghadiri kenduri kahwin warisnya di Kampung Keroh, Kuala Krai bersama anak dan cucunya.
.
.
[=]"Mayat mangsa dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1)(A) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya. Kereta Proton Iswara itu dikatakan dinaiki oleh empat sekeluarga tetapi mereka tidak cedera.
.
.
Sumber BH ONLINE


EmoticonEmoticon