Saturday, 4 February 2017

Cara-cara Menyediakan Mee Kolok Sarawak Stylo

Tags


Cara-cara Menyediakan Mee Kolok Sarawak Stylo


Bahan-Bahan yang diperlukan adalah:


  • [=] Mee Sanggul – 3,4 Gulung
  • [=] Perencah Sup – 1 Sudu Besar
  • [=] Daging Lembu – 100gm
  • [=] Bawang Putih – 5 Ulas (dicincang)
  • [=] Cili Api – 8 Biji
  • [=] Serbuk Lada Hitam – 1 Sudu Kecil
  • [=] Minyak masak – 4 Sudu Besar
  • [=] Kicap Manis – 5 Sudu Kecil
  • [=] Kicap Pekat – 1 Sudu Kecil
  • [=] Limau Kasturi – 2 Biji (ambil jusnya sahaja)
  • [=] Sos Ikan / Sos Soya – 1 Sudu Kecil
  • [=] Cuka – 1 Sudu Kecil
  • [=] Daun Bawang & Daun Sup (dihiris)
  • [=] Air Secukupnya
  • [=] Garam Secukup Rasa



[==] Cara-Cara Memasaknya adalah:

[=] Pertama : Cara-Cara Memasak Sup adalah:

[=] Kedua : Rebus daging bersama perencah sup, garam dan air secukupnya. Rebus sampai empuk.

[=] Ketiga : Setelah masak, toskan daging dan hiriskan nipis-nipis.

[=] Keempat : Ketepikan kuah/supnya (boleh panaskan semula dan tambahkan sedikit air jika berkurangan)



[==] Cara-Cara Memasak Mee adalah :

[=]Pertama : Rebuskan mee bersama sedikit garam sehingga lembut (40 saat). Keluarkan dan toskan.

[=]Kedua : Panaskan 2 sudu besar minyak masak dalam kuali. Goreng bawang putih sehingga garing. Keluarkan.

[=]Ketiga : Masukkan pula mee yang telah ditoskan ke dalam kuali dan goreng sebentar menggunakan minyak bekas bawang tadi.

[=]Keempat : Perasakan dengan cuka, sos ikan / sos soya dan sedikit garam. Keluarkan dan ketepikan.

[=]Kelima : Di dalam kuali yg sama, panaskan 2 sudu besar minyak masak dan goreng daging yang telah dihiris tadi.

[=]Keenam : Masukkan kicap pekat, 1/2 sudu besar kicap manis, serbuk lada hitam dan secubit garam. Keluarkan.

[==] Cara-Cara Memasak Sambal adalah:

[=]Pertama : Tumbuk/kisar cili api dengan 1 ulas bawang putih hingga lumat. Kemudian gaulkan bersama kicap manis dan perahan jus limau kasturi. (kalau tiada kicap manis, boleh guna kicap masin dan tambah sedikit gula)

[==] Cara-cara Menghidang adalah:

[=]Pertama : Sediakan pinggan hidangan. Masukkan mi, tuangkan sambal kicap sedikit dan gaulkan.

[=]Kedua : Kemudian taburkan daging, bawang putih yang telah digoreng garing dan hiaskan dengan daun bawang.

[=]Ketiga : Sediakan juga semangkuk sup yg ditabur dengan daun sup sebagai kuahnya jika suka.


EmoticonEmoticon