Friday 10 February 2017

2 Pelajar Disyaki Menghidap virus H1N1

Gambar Hiasan

2 Pelajar Disyaki Menghidap virus H1N1

[=] Melaka: 2 murid tahun satu Sekolah Kebangsaan (SK) Tengkera 2, Melaka Tengah disyaki menghidap virus Influenza A (H1N1) selepas mengalami batuk dan demam.
.
.
[=] Perkara itu belum dapat disahkan kerana pihaknya sedang menunggu laporan hasil ujian dilakukan di Makmal Kesihatan Awam Sungai Buloh. -Kata Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr Ghazali Othman
.
.
[=] "Murid yang pertama dimasukkan ke wad Hospital Melaka selepas mengalami demam dan batuk semenjak 3 Februari lalu, namun sudah dibenarkan keluar pada 7 Feb lepas.
.
.
[=] "Manakala pula rakan sekelasnya dimasukkan ke sebuah pusat perubatan swasta di negeri ini sejak Rabu dan masih menerima rawatan," katanya ketika dihubungi.
.
.
[=] Pihaknya turut melakukan pemeriksaan di sekolah berkenaan pagi tadi dan hasilnya 9 murid menunjukkan simptom sama dirujuk ke klinik kesihatan berhampiran untuk pemeriksaan lanjut.
.
.
[=] Beliau, meminta orang ramai terutama ibu bapa tidak risau kerana keadaan masih terkawal dan masalah kesihatan itu belum disahkan sebagai jangkitan virus H1N1.
.
.
Sumber HARIAN METRO


EmoticonEmoticon