Wednesday 4 January 2017

[ Wajib Baca Dan Sebarkan! ] Inilah Amalan Yang Boleh Membantu Ibu Bapa Yang Telah Pergi.

Tags

Sekadar Hiasan

Seorang anak yg baik boleh melakukan pelbagai kebaikan lain untuk membantu ibu bapanya yg telah meninggal dunia dengan ikhtiar dan usaha seperti;

Yang Pertama : Banyakkan Bersedekah

  • Pelbagai sedekah boleh dilakukan, terutama sedekah jariah seperti derma kepada pembinaa masjid, mewakafkan tanah untuk tapak perkuburan, derma pakaian kepada rumah anak yatim.
  • Selalulah sedekahkan al-Fatihah, surah al-Ikhlas, surah al-Falaq, surah an-nas dan ayat-ayat al-Quran yang lain dan sebaiknya dibaca sendiri oleh anak-anak mereka. Selain itu, lakukanlah upah haji untuk mereka (niat haji untuk ibu bapa yang telah meninggal dunia).


Yang Kedua : Selesaikan Hutang-Hutang Mereka

  • Jika semasa hidupnya ibu bapa pernah berhutang, berusahalah untuk membayar semua hutang itu, seperti hutang dengan bank, ansuran keretadan lain-lain pinjaman.
  • Manakala hutang dengan Allah SWT adalah anzar yang penah dilakukan oleh arwah, ni termasuklah fidyah meninggalkan puasa. Selain itu, tunaikanlah wasiat dan janji yang tidak sempat dilakukan semasa mereka hidup.


Yang Ketiga : Melakukan Amal Soleh

  • Sebagai anak yang soleh, jauhkan diri dari emlakukan perkara-perkara yang dilarang oelh Allh SWT, seperti maksiat dan tidak menutup aurat.
  • Elakkan bergaduh sesama adik beradik kerana berebutkan harta pusaka, sebaliknya banyakkan beramal soleh dengan berbuat kebaikan dan tuntutan agama. Ini kerana segala kebaikan ini akan memberikan saham kepada ibu bapa di alam barzakh sana.


Yang Keempat : Menjaga Silaturahim Dengan Keluarga Dan Sababat Baik Mereka

  • Salah satu cara lain untuk berbakti kepada orang tua yang sudah meninggal adalah menjaga silaturahim, menghormati dan membantu keluarga, dan para sahabat mereka. Dalam hadis Rasulullah bersabda;

“Sesungguhnya suatu hal yang paling berbakti ialah silaturahim seorang anak kepada kerabat yang mencintai ayahnya”. Hadis Riwayat Muslim

  • Ini kerana, menghormati mereka beerti kita menghormati kedua orang tua kita.


Yang Kelima : Menziarahi Kubur Mereka

  • Berziarahlah ke kubur mereka sambil berdoa dan membacakan surah Yassin, selain membersihkan kawasan tersebut. Dengan menziarahi kubur juga membuatkan kita sentiasa mengingati kematian yang semestinya akan dilalui oleh setiap makhluk Allah.
Meskipun kedua orang tua kita sudah meninggal, kita seharusnya tetap berbakti kepada mereka dengan cara melakukan cara-cara di atas, sebagai kewajibannya seorang anak yang soleh.

P/S : Sayangilah ibu bapa kita semasa masih hidup atau sewaktu mereka telah meninggal dunia sekalipun. Sesungguhnya sangat besar jasa mereka kepada kita sepanjang kehidupan mereka, dari waktu melahirkan sehinggalah mereka tiada. Allah jua yang membalasnya, al-Fatihah!


EmoticonEmoticon