Thursday, 5 January 2017

Wahai En.Suami!!! Kalau Tak Nak Isteri Menyampah!! Jangan Leka Sangat Main Handphone Tu!!



Assalamualaikum guysss.. Zaman sekarang semakin ramai yang leka dengan fon masing2. Betul tak guysss??  Lelaki atau perempuan sama je, tak kira siang malam, ada yang sampai ada yang mengabaikan kewajiban. Allahu..


Yang dah kahwin boleh dikatakan semua suami leka dengan handphone. Pantang kene tegur  dengan isteri melenting. Klau isteri nak tengok fon sikit lagi la melenting. Kadang2 anak dan isteri pun rasa sedih sebab diabai lelaki yg bergelar bapa/suami. Jangan sampai isteri bawak anak2 pergi balik kg atau tinggalkan awak nanti baru nak menyesal.


Pinjam masa anda sekejap.. Mohon baca teguran dari Mizan Dzai ini. Semoga bermanfaat untuk kita semua.


Hampir semua suami atau lelaki ralit main handphone sampai tak pandang kiri kanan. Alah, aku pun sama juga, cuma kita sebagai lelaki ini, kena berpada-pada. Jangan sampai isteri dan anak-anak menjadi fedup dengan perangai kau.


Orang meniaga ini, handphone memang selalu di tangan. Kalau letak di tepi sekejap pun, rasa resah semacam. Tambah pula yang banyak 'cawangan' ini, dia punya resah macam cacing kerawit.


Dulu masa first kahwin sampailah sekarang, Eleena selalu sound aku,


"I tahu handphone itu periuk nasi you, tetapi di luar you sibuk dengan office, meeting dan kerja you tak pernah habis, balik rumah ini cubalah tinggal sekejap handphone tu.


"Boleh bangkrap ke kalau handphone tu letak sejam dua D?"


Aku akan jawab, "Ya yang, sorry okey?" sebab Eleena tak pernah kacau aku di luar. Balik lambat macam mana pun dia takkan call aku melainkan dia nak pesan apa-apa atau beritahu Farrel tak sihat. Kadang-kadang aku yang call dia tanya dah makan ke belum atau dia dengan Farrrel okay ke tak di rumah.


Dia takkan kacau kerja aku sebab dari sebelum kahwin aku dah declare semuanya. Tapi kalau aku nak outstation, biasanya aku akan bawa dia dengan Farrel. Asyik duduk rumah je diorang berdua, kasihan juga aku tengok.


Tapi kita sebagai suami kena ingat, sakit demam kita esok luas, kawan ke yang jaga? Makan minum kita hari-hari, kawan ke yang masak dan sediakan?


Bila dah biasakan diri tak layan anak atau isteri, kita tua nanti kang anak-anak ikut perangai lebihkan kawan dari keluarga sendiri. Jangan kita nak melatah. Padan muka kita. Siapa lagi? Kaulah, aku baik sikit.


Tips untuk kau orang yang isteri ini senang saja. Kau bawa anak-anak jauh dari suami kau yang tengah syok main handphone itu seorang-seorang. Kau kena ingat, lelaki ini bila dah tak ada baru dia nak hargai. Baru dia nak cari.


Nanti bila dia perasan yang tak ada orang di keliling dia, baru dia terhegeh-hegeh. Bila lapar, bila haus, pandailah dia mencari isteri dia. Pandailah dia masak sup handphone dia itu.


Bila isteri syok main handphone, confirm macam-macam dah kena maki, kena perli. Tetapi diri sendiri tak apa. Apa kau ingat status sebagai suami kau itu, lesen besar sangat ke sampai semua benda kau boleh buat di belakang, tak ada salah langsung?


Kita ini, bila hidup di zaman teknologi kena pandai agihkan masa. Jangan ambil mudah tentang perkara ini, jangan leka. Peringatan untuk aku sendiri juga sebenarnya. Aku tak sempurna, aku tak hebat mana. Kau dan aku juga sama. Semoga kita peroleh keluarga yang bahagia. - Mizan Dzai

Dah abis baca? Sila la share ye.. huhu..


EmoticonEmoticon