Monday 2 January 2017

Tips Paling Mudah Dari Pakar Kecantikan Puan Marhani Untuk Elakan Muka Berminyak

Tags

Gambar Hiasan

Inilah masalah yang dihadapi kebanyakan orang yang mempunyai kulit berminyak. Jadi bagaimanakah mahu mengatasi jenis kulit begini. Ini dia tip untuk uolsss.

#1. Jangan cuci muka terlalu kerap

  • Cukup sekadar mencuci muka dua kali sehari, pagi dan malam adalah waktu yg terbaik. Jika terlalu kerap mencuci muka, kulit akan menjadi kering kerana pencuci atau sabun yang berlebihan akan mengikis kelembapan kulit.
  • Tabiat ini juga akan menyebabkan kelenjar sebaceous (yang mengeluarkan sebum) bekerja keras untuk melembapkan kulit. Akibatnya, kulit akan menjadi lebih berminyak.


#2. Kertas minyak wajah jadi penyelamat

  • Jangan lupa gunakan penyegar diikuti dengan pelembap selepas mencuci muka. Untuk aktiviti siang hari, anda digalakkan mengelap wajah yang berpeluh dengan kertas minyak wajah. Tisu khas ini akan membuatkan kulit wajah tampak segar dan solekan tidak comot.


#3. Gunakan pelembap sebelum bersolek

  • Bagi anda yang mempunyai kulit berminyak, adalah lebih baik menyapu pelembap pada seluruh wajah dan leher sebelum pemakaian bedak asas. Pilih pelembap yang bebas minyak agar kulit lebih lembut dan sekata.


#4. Pilih produk solekan bebas minyak

  • Pilih produk yang bebas minyak dan anti kering. Gunakan produk yang dapat menyerap lebihan minyak pada wajah. Untuk bedak pula, pilih yang mengandungi SPF 20 manakala pembayang mata, penggaris mata dan gincu mestilah kalis air agar solekan tahan lama serta tidak comot apabila berpeluh. Jika kurang pasti, dapatkan bantuan jurujual ketika membeli barangan tersebut.


#5. Masker tanah liat

  • Amalkan pakai masker yang berasas tanah liat seminggu sekali. Masker jenis ini dapat menyingkirkan lebihan minyak pada wajah dan membuatkan pH kulit kembali seimbang. Selepas masker kering pada wajah, bilas dengan air suam. Hasilnya wajah akan lebih ‘ringan’ dan bersih.


#6. Faktor pemakanan

  • Elakkan makanan pedas dan berlemak kerana ia dikatakan menjadi faktor menyumbang kepada kulit berminyak. Lebihkan pengambilan sayur da buah-buahan segar.



#PETUA TRADISIONAL

  • Bagi yang gemarkan cara semula jadi, sapukan timun yang dikisar pada wajah. Biarkan ia kering (15-20 minit). Kemudian, bilas dengan air bersih. Anda juga boleh sapukan campuran sengkuang dan kentang yang dikisar pada wajah sebelum tidur. Sebaik sahaja bangun pagi, cuci wajah dengan air suam.


EmoticonEmoticon