Wednesday 4 January 2017

SUBHANALLAH..!! Inilah Janji Allah Bagi Orang Yang Menjaga Solatnya. [Mesti Baca Dan Sebarkan!!]

Tags


[##] Diriwayatkan hadith daripada Ibni Syihab al-Zuhri (r.a)
berkata bahawa telah berkata Said bin Musaiyab (r.a):
‘Sesungguhnya Aba Qatadah bin Rab’ii (r.a) 
memberitahunya dengan berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah
(s.a.w), dengan sabdanya (menyampaikan firman Allah
(a.w)): ‘Telah berfirman Allah (a.w): ‘Bahawasanya Aku
(Allah (a.w)) mewajibkan atas umat engkau (Muhammad
(s.a.w)) lima solat (fardu) dan menjanji Aku (Allah (a.w)) di
sisiKu ‘Bahawasanya barangsiapa menjaga dia atas solat
(yang lima itu) pada waktunya, Aku (Allah (a.w)) masukkan
dia ke dalam syurga, dan barangsiapa tidak menjaga (lima
solat itu) maka tidak ada janji Aku (Allah (a.w)) bagi mereka
di sisiKu.’ [Hadith Ibnu Majah][Hadith Qudsi]

[##] Hadith ini adalah hadith qudsi - hadith yg amat kuat
dijadikan sandaran hukum dalam Islam. Hadith qudsi adalah
firman atau perintah Allah (a.w) yg disampaikan melalui lisan
Rasulallah (s.a.w). Rengkasnya, sesiapa yg tidak mengerjakan
solatnya, tiada jaminan dia akan masuk syurga! Malah dalam
segala hal, pasti masuk neraka dan tak mungkin dapat
syurga! Hadith yg sama diriwayatkan oleh Abu Daud, iaitu
berikut:
[##] Diriwayatkan hadith oleh ibnu Syihab az-Zuhri (r.a) berkata:
Berkata Sa’id bin Musayab (r.a) bahawa sesungguhnya aba
Qatadah bin Rabi’i (r.a) menxeritakan kepadakdengan
katanya: ‘Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Berfirman Allah
(a.w): ‘Sesungguhnya Aku (Allah (a.w)) mewajibkan atas
umat engkau (Muhammad (s.a.w)) lima solat dan
menjanjikan Aku di sisiKu suatu janji bahawasanya
barangsiapa datang (kepadaKu, i.e. di akhirat) menjaga
atasnya (solat yang lima itu) pada waktunya, Aku masukkan
mereka ke dalam syurgaKu, dan barangsiapa tidak menjaga
solatnya pada waktunya maka tiadalah janjiKu baginya di
sisiKu.’ [Hadith qudsi, Riwayat Abu Daud] 
[##] Allah tak pernah janji, orang yang kahwin
akan dapat anak.
Allah tak pernah janji, orang yang kerja
siang malam akan jd kaya.

[##] Tapi,
Sesungguhnya Janji Allah Itu Pasti Siapa jaga solat, maka
dia adalah orang
yang BERJAYA
Siapa jaga solat, maka Allah akan angkat
kesempitan hidup d dunia

[##] Siapa jaga solat, Allah akan angkat seksa
kubur Siapa jaga solat, Allah akan beri buku
amal dgn tangan kanan
Siapa jaga solat, dapat lintas titian sirat
sepantas kilat
Siapa jaga solat, akan masuk syurga
tanpa hisab.. Janji Allah itu pasti..


EmoticonEmoticon