Monday 2 January 2017

Mesti Baca!! Perkara-Pekara yang Mungkin Anda Tidak Tahu Tentang Kucing Anda!

Tags


Kucing sememangnya haiwan yang comel dan manja. Ramai  diantara kita yg sukakan kucing kerana sifat-sifatnya yg membuatkan pemiliknya menjadi tersenyum. Akan tetapi, tahukah anda perkara-perkara ini tentang kucing?


[#] Kucing sangat licik. Kucing boleh mempergunakan suara mereka untuk mendapatkan perhatian dan mendapatkan sesuatu. Kalau mereka lapar, mereka akan mengiau dengan kuat supaya tuannya cepat memberi makanan dan agar mereka nampak benar-benar lapar.


[#] Kucing juga bermimpi. Memang kucing suka tidur, namun jika mereka benar-benar tidur nyenyak, mereka boleh bermimpi sama seperti manusia. Kucing tidak faham hukuman terhadap mereka. Walaupun takut pada lidi, kucing sebenarnya tidak faham hukuman, tetapi faham rasa takut.


[#] Jika manusia berjabat tangan, mereka pula melagakan hidung.  Salam hidung ke hidung ini meletakkan kedua-dua kucing dalam keadaan yang boleh mengancam mereka. Walau bagaimana pun, kucing yang kenal antara satu sama lain sentiasa berlaga hidung. Ini membantu mereka mengesahkan pengenalan dan mengetahui lebih lagi tentang kucing yang satu lagi.


[#] Kucing boleh mengesan gempa bumi. Ini mungkin. Tapak kaki kucing sangat peka. Ada sesetengah kucing berkelakuan pelik sejurus sebelum berlakunya gempa bumi. Walaupun ini satu teori yang belum terbukti, ada yang percaya bahawa kucing boleh mengesan getaran pada bumi dengan tapak kaki mereka.


[#] Dengkuran kucing, para saintis masih lagi belum pasti dari mana ia terhasil. Ada yang berpendapat ia terjadi dalam sistem peredaran darah, bukan daripada salur nafas. Semasa berdengkur, mereka tenang. Namun ada juga dengkuran yang memberi isyarat kucing sedang sakit. Tuannya pasti dapat membezakan.


[#] Kucing mengiau dengan cara mengiau seperti anak kucing apabila mengiau pada tuannya. Sebaliknya mereka menggunakan ngiau yang berlainan terhadap kucing-kucing lain.


[#] Kucing berkerdip mata dan menyepetkan mata mereka apabila mereka tanpa sengaja berhubungan mata. Jika mahu menjinakkan kucing yang asing bagi anda, apabila terpandang matanya, segera berkerdip dan pandang ke arah lain.


[#] Sedikit daging mentah untuk dikunyah akan menjadikan gigi dan gusi kucing dalam keadaan baik.
Apa sahaja daging adalah sesuai, kucing anda juga pasti pandai mencari daging mentah untuk diri mereka sendiri. Mereka menangkap tikus, burung, ular dan lain-lain.


[#] Kucing pandai menyesuaikan diri dengan cuaca panas. Ini kerana kucing adalah asalnya haiwan padang pasir.


[#] Kucing juga berpeluh.  Mereka berpeluh melalui tapak kaki mereka. Jika anda terlihat kesan tapak kaki kucing pada hari panas, pastikan anda meletakkan sedikit air untuk mereka.


EmoticonEmoticon