Tuesday 3 January 2017

Mesti Baca!!! Inilah Ciri-Ciri Kawan Yang Makan Kawan.

Tags

Gambar Sekadar Hiasan

[:] 1. Kawan jenis ini boleh dikategorikan sebagai tidak jujur. uolsss boleh tengok sendiri apabila uolsss berada dalam keadaan senang, kawan jenis ini akan mengekori uolsss dan keluar dengan uolsss ke mana sahaja. Bahkan mereka juga sanggup melakukan apa sahaja untuk uolsss. Mungkin sebagai contoh, duit. Kebanyakan di antara kawan makan kawan ini akan berkawan dengan uolsss kerana duit semata-mata.

[:] 2. Kawan jenis ini juga dikategorikan sebagai dengki dengan apa yang uolsss miliki. Mereka berasa tidak senang dengan apa yang uolsss miliki. Mereka akan bermuka-muka di hadapan uolsss dan di belakang uolsss mereka akan mengutuk atau mencaci di luar pengetahuan uollsss sendiri.

[:] 3. Kawan makan kawan suka menghasut. Mereka akan menghasut orang lain untuk membenci uolsss walaupun uolsss tidak melakukan kesalahan.

[:] 4. Tikam belakang kawan baik sendiri. Ini adalah ciri-ciri kawan makan kawan. Mereka sanggup memburukkan uolsss atau mungkin kekasih uolsss sendiri.

#Sikap Yang Dibenci Kawan

[:] Berikut adalah sikap yang dibenci kawan dan semestinya uolsss pernah mengalami situasi sebegini ataupun uolsss mungkin adalah salah seorang kawan yang dibenci:

  1. Tamak dan kedekut
  2. Berlagak dan suka mengarah
  3. Bohong dan mengumpat
  4. Suka menonjolkan diri dan cakap besar
  5. Over confident
  6. Bersikap ‘plastik’
  7. Talam dua muka atau hipokrit
  8. Terlalu sensitif
  9. Suka meninggi diri dan bercakap besar
  10. Batu api
  11. Suka merendahkan orang lain
  12. Suka menipu dan memberi alasan
  13. hangat-hangat tahi ayam
  14. Panas baran
  15. Suka mengungkit
  16. Pengkhianat
  17. Mengingkari janji



#Tips Untuk Kekalkan Persahabatan

Ikatan persahabatan yang erat kadangkala boleh retak hanya kerana salah faham. Ada beberapa cara yang boleh anda praktik supaya hubungan persahabatan tersebut berkekalan selamanya.

#Jujur

  • Jujur adalah syarat utama dalam memelihara persahabatan. Dengan adanya kejujuran, anda dan kawan akan lebih memahami antara satu sama lain.


#Mengatasi salah faham

  • Segala salah faham sebaiknya diselesaikan secepat mungkin. Jika dibiarkan, ia boleh berlarutan dan menjadi lebih teruk.


#Meminta maaf

  • Tidak ada sesiapa pun yang sempurna di muka bumi ini. Jangan takut untuk meminta maaf jika anda berbuat kesalahan. Begitu juga sebaliknya, jika kawan anda melakukan kesalahan, maafkanlah dia dengan seikhlas hati anda.


#Terima kasih

  • Selain meminta maaf, ringankan mulut anda untuk selalu berterima kasih. Ucapan terima kasih boleh menguatkan lagi hubungan persahabatan anda.


#Saling membantu

  • Rahsia mengekalkan persahabatan ialah dengan saling membantu dalam hal yang positif. Jika anda sering membantunya, kawan anda juga akan melakukan hal yang sama.


#Jangan berburuk sangka

  • Sikap mencurigai dan berburuk sangka terhadap kawan anda boleh memusnahkan hubungan persahabatan anda. Sebaiknya jika ada yang tak kena, anda  perlu bertanyakan terus kepadanya.


#Jangan sinis

  • Setiap orang memiliki kelebihan dan kekurangan masing-masing. Jadi, terima seadaya dan jangan bersikap sinis terhadap kawan anda. Lebih baik bersikap jujur dengannya demi persahabatan yang telah terbina sekian lama.


#Menjaga rahsia kawan

  • Pasti anda juga tidak menyukai jika sesiapa membocorkan rahsia anda. Jadi, perkara ini sama sahaja. Menjaga rahsia kawan anda akan membuatkan kawan anda lebih mempercayai dan menghargai persahabatan tersebut.


#Selalu ada

  • Anda perlu selalu ada bersamanya, tidak kira di waktu senangnya mahupun susah. Jadi, masing-masing boleh saling menasihati antara satu sama lain.


#Saling menghargai

  • Jangan pernah mengongkong kawan anda, biarkan kebebasan ada di dalam hubungan persahabatan anda. Masing-masing akan jadi lebih menghargai di antara satu sama lain.


EmoticonEmoticon