Tuesday 3 January 2017

Mesti Baca!! Hukum Menutup Cermin Muka Ketika ada Jenazah di Dalam Rumah

Tags

Gambar Sekadar Hiasan


Soalan : 

Assalamualaikum ustaz, Ada tuan rumah yg cover cermin2 muka di rumah dengan kain semasa ada jenazah. Saya tidak bertanya mengapa. Harap ustaz jelaskan hukum melakukannya. Terima kasih.


Ini jawapanya :

Bismillahi wal hamdulillah,

Kami tidak menjumpai saranan dari Rasulullah saw supaya menutup cermin2 muka ketika terdapatnya jenazah dlm rumah tersebut. Apa yg kami temui ialah ianya merupakan amalan orang tua2 dahulu yg beranggapan bahawa, cermin hanya digunakan oleh Si Mati ketika hidupnya sahaja. Apabila telah mati, cermin tersebut tidak berguna lagi kerana mengikut Kepercayaan Kuno Masyarakat Hindu, roh atau hantu tidak boleh melihat dirinya dalam cermin.



Maka utk menjaga hati dan perasaan serta bagi menghormati ruh tersebut, setiap cermin muka dirumah simati tersebut perlulah ditutup. Perbuatan tersebut mengikut syarak adalah dilarang kerana ianya adalah perbuatan yang tidak dilakukan oleh Rasulullah saw serta dianggap sebagai satu perbuatan khurafat yang menyalahi syarak.


EmoticonEmoticon