Friday 6 January 2017

Doa Penyembuh Penyakit Jantung Yang Lemah Dan Masalah Penyakit Dalaman.

Tags


[#] Surah Ad-Dhuha adalah surah yang ke 93 dalam Al-Quran terdiri dari 11 ayat. Surah ini termasuk golongan surah Makkiyah dan diturunkan sesudah surah Al-Fajr. Nama Adh Dhuhaa diambil dari kata yang terdapat pada ayat pertama, yang ertinya "waktu matahari sepenggalahan naik".

[#] Surat Adh-Dhuhaa, menerangkan tentang bimbingan pemeliharaan Allah SWT terhadap Nabi Muhammad SAW dengan cara yang tak putus-putusnya dan mengandung pula perintah kepada Nabi supaya mensyukuri segala nikmat itu.

Penyembuh Sakit Jantung Dan Sakit Dalam Badan.

[#] Dibaca sebagai doa penyembuh penyakit jantung yang lemah dan masalah penyakit dalam badan - dibaca 25 kali pada segelas air dan diminum oleh orang yang sakit. InsyaAllah. Lakukan selepas setiap kali solat wajib.

[#] Diantara khasiat surah Ad-Dhuha adalah:-

[:] 1. Doa untuk perlindungan rumah- Dibaca 7x selepas solat subuh dan 7x selepas solat maghrib.

[:] 2. Doa murahkan rezeki - hari Jumaat, sembahyang sunat dhuha lepas itu baca surah dhuha 7x dan sambung dengan Ya- Ghani.

[:] 3. Doa untuk terang hati baca 40x sehari selama 41 hari.

Terjemahannya.

[:] 1. Demi waktu Dhuha.

[:] 2. Dan malam apabila ia sunyi-sepi.

[:] 3. (Bahawa) Tuhanmu (wahai Muhammad) tidak meninggalkanmu dan Dia tidak benci (kepadamu, sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik).

[:] 4. Dan sesungguhnya kesudahan keaadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaannya.

[:] 5. Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat) sehingga engkau reda (berpuas hati).

[:] 6. Bukankah Dia mendapati engkau yatim piatu, lalu Dia memberikan perlindungan?

[:] 7. Dan didapatiNya engkau mencari-cari (jalan yang benar), lalu Dia memberikan hidayat petunjuk (dengan wahyu Al-Quran)?

[:] 8. Dan didapatiNya engkau miskin, lalu Dia memberikan kekayaan?

[:] 9. Oleh itu, adapun anak yatim maka janganlah engkau berlaku kasar terhadapnya,

[:] 10. Adapun orang yang meminta (bantuan pimpinan) maka janganlah engkau tengking herdik;

[:] 11. Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya.

Wasallam.




EmoticonEmoticon