Tuesday 10 January 2017

Bayar RM100,000 sehari Kalau Nak Saya Berlakon.


[:~:]Pelakon era 80-an yg kini aktif sebagai penceramah bebas Azmil Mustapha mengakui pernh mendapat tawaran sebanyak RM10,000 sehari bagi membintangi sebuah drama.

[:~:]Bagaimanapun, Azmil, 64, terpaksa menolak tawaran itu disebabkan prinsipnya yg tidak mahu lagi membabitkan diri dalam bidang hiburan.

[:~:]"Kalau nak tahu sejak 2 tahun lalu saya masih medapat tawaran berlakon. Syarikat penerbitan itu sanggup membayar saya RM10,000 sehari semata-mata mahu saya muncul dalam drama mereka.

[:~:]“Saya menolak dgn cara baik tetapi mereka tetap juga datang memujuk. Jadi saya pun menetapkan satu syarat iaitu bayaran sebanyak RM100,000 sehari.

[:~:]"Bila mereka dengar syarat itu, mereka terus menolak. Saya bukan nak mempermainkan mereka, tetapi itu saja lah cara berhemah yang boleh membuatkan mereka berhenti memujuk saya," katanya.

[:~:]Azmil berkata, beliau tidak pernah berasa rindu dalam bidang lakonan yg pernah mempopularkan namanya satu ketika dulu antaranya filem Mekanik dan Ali Setan.

[:~:]"Kali terakhir saya berlakon adalah dalam filem Puteri Gunung Ledang pada 2004. Saya menerima tawaran itu pun selepas penerbit dan pelakonnya, Tiara Jacquelina bersetuju dengan 10 syarat yang ditetapkan.

[:~:]“Saya terima tawaran itu kerana Tiara adalah kenalan lama saya dan pada masa sama Datuk M Nasir turut berlakon di mana saya memang meminatinya. Selepas itu hinggalah sekarang saya terus berhenti berlakon.

[:~:]Bagaimanapun, jika ada tawaran membabitkan penerbitan dokumentari Islamik, dia bersedia untuk terbabit sama.

Sumber


EmoticonEmoticon