Wednesday 28 December 2016

[ Wajib Baca Dan Sebarkan! ] Golongan Yang Akan Buta Matanya Di Akhirat Kelak.

Tags

Gambar sekadar hiasan

Ramai manusia yang diciptakan oleh Allah SWT dalam keadaan celik, blh melihat dgn sempurna ciptaan Allah SWT, boleh makan dan minum, berjalan dan macam2 lagi.


Tetapi pada hari akhirat kelak ada di antara orang2 yg celik di dunia ini dibangkitkan oleh Allah SWT dalam keadaan buta. Nauzubillah Min Zalik!


Tahukah anda kenapa mereka ini dibangkitkan dalam keadaan sedemikian?


Jawapannya ialah kerana mereka ini berpaling daripada ajaran Allah yg sebenar, tidak melakukan perintah Allah, sebaliknya melakukan maksiat dan membuat dosa2 besar serta menzalimi orang lain, matanya tidak digunakan untuk melihat kebenaran, sebaliknya digunakan untuk melihat kebatilan.


Orang2 seperti ini hidup di dunia akan disempitkan, tidak tenang, menderita dan ditimpa musibah. Manakala di akhirat pula nanti, mereka menjadi buta sebagai balasan keingkaran ketika hiudup di dunia yang sementara ini.

Firman Allah SWT maksudnya :
“Dan sesiapa yang berpaling ingkar daripada ingatan dan petunjuk-Ku, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit, dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta. Ia berkata: 'Wahai Tuhanku, mengapa Engkau himpunkan daku dalam keadaan buta, pada hal aku dulu celik'?”(Surah Taha (20) ayat 124-125)

Perbuatan kita semasa di dunia menentukan kedudukan di sisi Allah SWT di akhirat dan begitulah sebaliknya. Jika kita benar2 taat dan akrabnya di dunia dengan Allah SWT, maka di akhirat pastinya Allah SWT akan mendampingi kita. Percayalah..


Siapa yang mengikut petunjuk Allah SWT mereka tidak akan sesat dan tidak pula akan menderita sengsara ditimpa azab pada hari kiamat kelak. Sesiapa yg ingkar drpd mengikut petunjuk Allah SWT sesungguhnya kehidupan mereka pada hari kiamat kelak akan sukar, sempit dan dihidupkan dalam keadaan mata buta. Demikianlah balasan terhadap orang2 yg diberi peringatan tetapi lalai dan ingkar, lalu Allah SWT melupakan mereka pada hari kaimat kelak seperti mereka lupa kepada Allah SWT semasa berada di dunia yang sementara ini.

Allah berfirman:
"Demikianlah keadaannya! Telah datang ayat-ayat keterangan Kami kepadamu, lalu engkau melupakan serta meninggalkannya, dan demikianlah engkau pada hari ini dilupakan serta ditinggalkan". (Surah Taha (20) ayat 126)


Seorang sahabat Nabi, Samurah bin Jundab berkata: “Sesiapa yang ingin mengetahui kedudukannya di sisi Allah SWT, maka periksalah kedudukan Allah di sisinya. Barang siapa yang menghormati perintah Allah, lalu bersegera melakukannya, menjauhkan diri daripada larangan Allah, juga berusaha menghiasi diri dengan adab-adab Islam, maka kedudukan di sisi Allah pun terhormat.”

Jika mata jika dihalakan kepada kemaksiatan blh menyebabkan seseorang itu menerima azab di akhirat. Begitu juga dengan mulut, kaki, tangan dan anggota lain2 perlu dihalakan kepada ketaatan kepada Allah SWT barulah beroleh selamat dan kasih sayanag dari Allah SWT.

P/S : Marilah kita sama2 menghitung diri, adakah kita ini sudah cukup amalan utk bertemu dengan Allah SWT di akhirat kelak, adakah segala amalan di dunia sekarang ini dijamin pahala di akhirat nanti. Beringatlah kita semua.. Segala amalan akan diperhitungkan kelak..


EmoticonEmoticon