Tuesday 27 December 2016

Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un.. Dijemput Ajal Ketika Menyambut Ulang Tahun Yang Pertama



[:]Kisah keutuhan cinta cikgu muda, Ahmad Kamal Effendi Kamarudin, 26, yang sanggup mengahwini pasangannya pesakit kanser tahap empat, Nik Idzni Dalila Nik Mahmud, 25, berakhir hari ini apabila isterinya meninggal dunia, jam 3 pagi tadi, di Hospital Kajang.

[:]Yang lebih menyedihkan, kematian isterinya yang menghidap kanser buah pinggang itu berlaku pada tarikh ulang tahun pertama perkahwinan mereka, hari ini.

[:]Jenazah Allahyarhamah dimandikan di Surau Unit Forensik Hospital Kajang pada jam 8.30 pagi sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Sungai Kantan, Kajang.
Pada November lalu..

[:]'Keutuhan Cinta Guru Muda Kahwini Wanita Kanser Tahap Empat', menyiarkan kisah ketulusan cinta Ahmad Kamal Effendi mengahwini wanita yg dicintainya walaupun beliau sudah tahu status kesihatan arwah, yg juga seorang doktor perubatan.

[:]Ahmad Kamal Effendi (suami) sangat sedih kerana isterinya menghembuskan nafas terakhir tanpa beliau di sisi.

[:]"Awal bulan ini saya dan arwah sempat membuat majlis ringkas dgn makan bersama bg menyambut ulang tahun perkahwinan krn isteri tidak berapa sihat.

[:]"Isteri saya memberi hadiah saya iPhone dan saya pula memberi album yang mengandungi gambar sepanjang perkenalan kami berdua sebagai hadiah ulang tahun perkahwinan kami,"

[:]"Saya redha dgn pemergian isteri dan sy sudah melakukan yg terbaik untuk arwah"

[:]Sementara itu, menerusi Instagram Ahmad Kamal Effendi, beliau tlh memuat naik gambar perkahwinan mereka dan meluahkan perasaan sedih atas kehilangan isteri tercinta pada tahun pertama ulang tahun perkahwinan mereka hari ini.

[:]Perkenalan singkat selama 4 bulan menerusi Instagram, kemudian diakhiri dengan majlis perkahwinan ringkas, di kediaman Nik Idzni Dalila di Kelantan, pada 27 Disember, tahun lepas.

Sumber BH ONLINE


EmoticonEmoticon