Thursday 29 December 2016

Jom Buat Pembersih Muka Sendiri Yang Kesannya Lebih Puas!

Tags


(**)Tak susah nak jaga kulit wajah, apa yang penting anda kena rajin! Ok, kali ini anda boleh bebaskan kulit wajah dari jerawat atau jeragat dengan bahan dapur yang cukup jimat daripada perkongsian saudari Aya Zuki...

(**)Kalau anda jenis suka bersolek, mesti risau kalau tetiba kulit wajah naik jerawat. Kena make sure muka betul-betul bersih untuk elak naik jerawat. Orang yang ada masalah kulit berjerawat pun bagus jugak amalkan ni.

(**)Guna bahan-bahan yang ada kat dapur kite saja. Jimat, bukan?

(**)Sila sediakan:
(**)Serbuk teh yang dah guna
(**)Lemon
(**)Limau nipis
(**)Air teh yang tak habis minum
(**)Ais cube

(**)Jom cuba langkah-langkah ini:

(**)1. Mula-mula guna wet tisu untuk remove mekap di kulit wajah.
(**)2. Cuci muka bersih-bersih dengan pencuci muka.
(**)3. Perah lemon dalam serbuk teh (agak-agak dalam 1 sudu besar air perahan)
(**)4. Perah air limau nipis sikit (dalam setengah sudu)
(**)5. Basuh muka dengan air teh dan tepuk-tepuk sikit muka.
(**)6. Kemudian sapu serbuk teh yg dah diperah dengan lemon dan limau nipis dekat muka. Gosok macam korang cuci muka. Sental semua.
(**)7. Biarkan kering dalam 30 minit je. Selepas itu bilas muka dengan air biasa.
(**)8. Akhir sekali ambil ais cube sapu seluruh muka.
(**)9. Kesan dia fuhh segar muka! Rasa bersih dan lembut! Pori-pori pon bersih dan mengecil.

(**)Pesanan:

(**)Dalam seminggu boleh buat sekurangnya 3 kali. Nak buat hari-hari pun boleh.

(**)Kebaikan:

(**)1. Menghilangkan sel-sel kulit mati. In shaa Allah kulit berseri.
(**)2. Menanggalkan kotoran di kulit wajah.
(**)3. Mengecutkan jerawat.
(**)4. Kulit lebih lembut dan halus.
(**)5. Kulit bersih.
(**)6. Mengecilkan pori-pori wajah.


EmoticonEmoticon