Tuesday 27 December 2016

COKLAT DAIM & TOBLERONE SELAMAT DIMAKAN ORANG ISLAM – PENGELUAR

Tags


(**)Terkini, pengeluar coklat berjenama Daim dan Toblerone, Mondelez International, menegaskan bahawa bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan kedua-dua coklat itu adalah sesuai dan selamat untuk dimakan oleh orang Islam.

(**)Dalam satu kenyataan pada Isnin, syarikat itu berkata biarpun produk itu dihasilkan di negara-negara yang tidak memerlukan pensijilan Halal, namun ia tetap memenuhi piawaian pemakanan pengguna di seluruh dunia.

(**)“Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) juga mengeluarkan penjelasan bahawa produk makanan yang bukan pemegang sijil Halal tidak boleh dianggap tidak halal atau haram,” kata syarikat itu.

(**)Menurut syarikat itu juga, semua maklumat mengenai bahan-bahan untuk menghasilkan kedua-dua coklat terbabit tertera pada pek bungkusan dan pengguna dinasihatkan merujuk kepada pek itu.

(**)Syarikat itu menyatakan bahawa syarikatnya akan terus bekerjasama dengan pihak berkuasa di seluruh pasaran tempatan termasuk Jakim bagi produknya memenuhi keperluan pengguna di Malaysia.


EmoticonEmoticon