Tuesday 27 December 2016

5 Sebab Lelaki Patut Berjambang

Tags


“Apa? Jambang? Tak nak lah!” Sering sahaja kita dengar perempuan tak mahu suami atau teman lelakinya untuk menyimpan jambang. Mengapa tidak? Tahukah anda bahawa jambang lelaki mempunyai kebaikan untuk kesihatan diri lelaki? Bukan hipster, bukan selekeh. Jadi, jom ketahui lima sebab kenapa lelaki perlu jambang.

1. Tiada Cacat Cela Kelihatan
(**)Bila lelaki mempunyai jambang bukan hanya boleh menutup cacat cela pada raut wajah mereka, malah juga boleh mengelakkan dari adanya lagi cacat cela. Kesan ruam, jerawat dan radang pada folikel rambut merupakan kesan buruk yang terjadi pada wajah lelaki akibat mencukur. Bahkan, pencukur juga boleh merebakkan bakteria pada kulit sekaligus menyebabkan jangkitan pada folikel rerambut pada wajah.

2. Pelindung Cahaya Matahari
(**)Banyak kajian yang telah dijalankan mendapati bahawa jambang boleh melindungi kulit wajah lelaki lebih dari 95% dari sinaran UV. Ini bermakna jambang memainkan peranan penting dari wujudnya sel-sel ketumbuhan yang lebih ke arah kanser. Ini kerana sinaran UV juga dipersalahkan atas punca kepada tanda-tanda penuaan pada kulit wajah.

3. Lebih Tampil Maskulin
(**)Sebenarnya lelaki akan lebih tampil maskulin apabila berjambang. Kajian juga mendapati bahawa jika anda ingin menarik lebih perhatian perempuan, elak bercukur lebih 10 hari berterusan kerana kebanyakan perempuan akan lebih tertarik untuk melihat lelaki berjambang kerana ia lambang kepada maskuliniti dan lebih muda. Lihat sahaja pada David Beckham dan Hugh Jackman yang tampil maskulin dengan jambang.

4. Perangkap Habuk dan Debu
(**)Fungsi rerambut di dalam liang hidung kita adalah untuk memerangkap segala debu dan habuk yang boleh mengakibatkan asthma dan semput. Fungsinya sama seperti jambang yang mana ia boleh memerangkap habuk dan debu masuk ke dalam liang pori pada wajah yang kemudiannya boleh mengakibatkan masalah jerawat jika berlaku. Menurut pakar, jambang perlulah dibersihkan setiap hari bagi memastikannya ianya tumbuh bersih, rapi serta kemas.

5. Melembapkan kulit
(**)Mungkin anda tidak tahu bahawa kulit wajah kita mempunyai rejimen pelembap yang semulajadi membuatkan kulit kekal lembap. Dengan adanya jambang ia boleh melindungi kulit dari ditiup angin kencang yang mana boleh menyebabkan kemerahan dan kekeringan pada kulit wajah.


EmoticonEmoticon