Monday 8 August 2016

Senaman Mudah Menghilangkan Lemak Di Perut

Tags


(**)Siapa yang mengalami masalah ini, pasti ingin tahu jalan penyelesaiannya.


(**)Tahukah anda terdapat beberapa senaman yang mampu menghilangkan lemak di perut.Lemak di perut biasanya paling ‘last’ hilang jika dibandingkan dengan lemak di bahagian tubuh yang lain.

(**)Lemak di perut boleh dihilangkan bukan hanya melalui program diet sahaja.Sebaliknya boleh juga melalui senaman yang tepat supaya kulit perut anda tidak menggeleber, terutama bagi anda yang sudah beranak-pinak.Berikut beberapa senaman yang boleh menghapuskan kalori dalam tubuh dalam waktu yang lebih singkat.



(**)Berenang
(**)Air dapat memudahkan badan bergerak sehingga tubuh tidak cepat penat meskipun sudah banyak bergerak.Selain itu, renang merupakan senaman yang memerlukan gerakan tubuh yang lengkap dan pastinya sangat baik untuk perut anda yang berlemak.



(**)Berjalan Kaki
(**)Jika anda tidak mempunyai banyak masa untuk melakukan senaman lain, cubalah luangkan waktu tersebut dengan aktiviti berjalan kaki. Gerakan berjalan kaki, termasuk memanjat anak tangga sebenarnya sudah cukup untuk melatih otot perut anda supaya tetap tegang.



(**)Berlari
(**)Aktiviti paling mudah dan percuma untuk menghilangkan lemak di perut serta menegangkan otot-otot dalam tubuh anda. Ketika berlari, otot perut akan mengikuti gerakan ke kanan dan kiri yang membuatkan lemak di perut anda akan hilang secara perlahan-lahan.



(**)Berbasikal
(**)Berbasikal merupakan salah satu cara efektif untuk membakar lemak dengan cepat. Otot perut anda akan terasa seperti diramas setiapkali anda mengayuh pedal basikal.



(**)Angkat Beban
(**)Cara ini adalah cara paling berkesan, namun memerlukan kesungguhan. Ia mampu mengubah lemak menjadi otot agar perut kelihatan lebih mantap dan kecil. Selain itu, anda juga perlu imbanginya pemakanan yang sihat serta berprotein bagi mendapatkan hasil yang lebih cepat.


EmoticonEmoticon