Wednesday 24 August 2016

A, B, O ATAU AB? LIHAT CARA ORANG KOREA TILIK PERSONALITI MELALUI JENIS DARAH

Tags


(**)Asia adalah daerah negara yang kaya dengan pelbagai budaya dan adat resam.

(**)Seperti di Korea sendiri, kebanyakannya masih mengamalkan serta mempercayai amalan yang diwarisi dari nenek moyang. Sebagai contoh, ramai di antara orang Korea yang takut melihat tulisan berwarna merah kerana bagi mereka, itu adalah merupakan tulisan yang ditulis oleh orang mati (hantu).

(**)Begitu juga dengan tilikan. Bagi orang tempatan di sana, jenis darah atau digelar “hyul-ek-hyung” (혈액형) yang terbahagi kepada 4 jenis iaitu A, B, O, dan AB adalah sangat penting untuk digunakan sebagai penentu personaliti seseorang.


(**)Sesungguhnya belum ada kajian saintifik yang dilakukan bagi mensahihkan pengkelasan personaliti mengikut jenis darah. Namun begitu, anda pasti terkejut dengan ketepatan sesetengah karakteristik yang ditentukan oleh jenis darah individu.

(**)Jadi untuk anda yang acah-acah orang Korea tu,

# DARAH JENIS ‘A’ (Si Petani)

(**)Untuk mereka yang berdarah ‘A’, syabas kerana anda dikatakan mempunyai hati yang baik. Ya! Baik terhadap semua orang. Tapi, anda juga seorang yang mementingkan kesempurnaan namun sangat pendiam dan suka menyendiri. Hmm senang kata tak gemar bersosial, perahsia pula tu!

# DARAH JENIS ‘B’ (Si Nomad)

(**)Optimistik! Individu yang mempunyai darah jenis ‘B’ dikatakan sangat kreatif dan bersemangat! Bagaimanapun, mereka ini juga dilihat sebagai tidak bertanggungjawab, adakalanya suka mementingkan diri dan mungkin juga seorang yang pemalas. Ouch! mesti anda ini banyak musuh.

(**)Tapi jika anda lelaki, anda boleh dikira sebagai ‘husband material’. Moh ramai-ramai cari lelaki berdarah ‘B’!

#DARAH JENIS ‘O’ (Si Pahlawan)

(**)Bagi orang Korea, jika anda mempunyai darah jenis ‘O’, anda boleh dikatakan sangat berkeyakinan dan gemar melakukan sesuatu perkara secara 100%. Penuh perasaan gitu.

(**)Pada masa yang sama, anda adalah insan yang sangat egois, sombong, dramatik sekaligus berani mengambil risiko. Daebak!

#DARAH JENIS ‘AB’ (Si Humanis)

(**)Buat anda yang mempunyai darah jenis ‘AB’, anda adalah manusia yang rasional dan dalam masa yang sama, anda suka benar memerhati dan mengomen tentang orang lain. Ada je yang tak kena. Oh! Dan cenderung untuk berasa ragu-ragu juga. Jangan emosi sangat okay?

(**)Yang paling penting, antara semua jenis darah di atas, andalah yang paling genius, bijak mengawal kewangan dan kadang-kala mungkin juga senang ‘meroyan’.

(**)Kalau anda perasan, watak penjahat dalam kebanyakan K-Drama akan mempunyai darah jenis ‘AB’. Kalau anda tak percaya, cuba lihat babak mereka ketika ditahan di wad hospital atau kala mereka melakukan ujian darah, pasti keputusan darah mereka adalah jenis ‘AB’. Make sense tak?

(**)Kalau anda orang Korea, rasanya-rasanya anda ni jenis orang yang macam mana ya?

(**)Percaya atau tidak, semuanya ada di dalam darah anda. Sebab itu sebelum kahwin pun, di dalam Islam kita dinasihatkan untuk mengenali latar belakang pasangan dan keluarganya terlebih dahulu.


EmoticonEmoticon