Sunday 7 August 2016

5 Cara Menyimpan Makanan Agar Tahan Lama

Tags


(**)Ingin tahu tips menyimpan makanan tahan lama supaya tidak rosak dan terbuang? Semak!


(**)Berikut berapa tips yang boleh anda praktikan untuk menyimpan makanan tersebut agar tahan lama.



(**)Bawang
(**)Jangan tak percaya, tips menyimpan bawang dalam stoking boleh diguna pakai. Kena cuba ok, ini adalah salah satu cara agar bawang tidak menjadi cepat busuk. Selain itu, anda juga boleh menyimpan bawang di dalam karung kertas dan simpan di tempat yang kering. Anda dinasihatkan tidak menyimpan bawang dalam karung atau beg plastik kerana ia membuatkan bawang cepat rosak dan berkulat. Jika ingin menyimpan bawang yang sudah dipotong di dalam peti ais, pastikan anda menutupnya dengan plastik kemas-kemas.



(**)Kentang
(**)Sekiranya anda membeli kentang dalam jumlah yang banyak, anda perlu lebih bijak untuk menyimpannya kerana kentang cepat busuk. Jadi, anda disarankan menyimpan kentang bersama buah epal di dalam sebuah bekas.Buah epal dikatakan membantu mencegah tumbuhnya tunas pada kentang.



(**)Cendawan
(**)Cendawan jika tidak disimpan dengan betul mudah rosak dan berbau busuk. Cara terbaik menyimpan cendawan yang disarankan adalah di dalam karung plastik yang telah ditebuk lubangnya untuk peredaran udara.



(**)Keju
(**)Elakkan menyimpan keju pada suhu ruangan kerana ia boleh mengundang tumbuhnya kulat pada keju tersebut. Jika disimpan di dalam peti sejuk, keju akan mengering. Untuk mengatasi masalah ini, anda disarankan menyapu permukaan keju dengan mentega terlebih dahulu sebelum menyimpannya di dalam peti sejuk.



(**)Sayur-Sayuran
(**)Jika anda mahu menyimpan sayur-sayuran anda seperti brokoli, lobak merak dan bayam untuk beberapa hari, elakkan daripada mencucinya. Sebaliknya, simpanlah sayur-sayuran itu di dalam plastik, kemudian barulah dimasukkan di dalam peti sejuk.


EmoticonEmoticon