Sunday 21 August 2016

100 Langkah Menuju Kesempurnaan Iman

Tags


01(**) Bersyukur apabila mendapat nikmat;

02(**) Sabar apabila mendapat kesulitan;

03(**) Tawakal apabila mempunyai rencana/program;

04(**) Ikhlas dalam segala amal perbuatan;

05(**) Jangan membiarkan hati larut dalam kesedihan;

06(**) Jangan menyesal atas sesuatu kegagalan;

07(**) Jangan putus asa dalam menghadapi kesulitan;

08(**) Jangan cemburu dengan kekayaan orang;

09(**) Jangan hasad dan iri atas kejayaan orang;

10(**) Jangan sombong setelah memperoleh kejayaan;

11(**) Jangan tamak kepada harta;

12(**) Jangan terlalu ambitious akan sesuatu kedudukan;

13(**) Jangan hancur kerana kezaliman;

14(**) Jangan goyah kerana fitnah;

15(**) Jangan berkeinginan terlalu tinggi yang melebihi kemampuan diri

16(**) Jangan campuri harta dengan harta yang haram;

17(**) Jangan sakiti hati ayah dan ibu;

18(**) Jangan usir orang yang meminta-minta;

19(**) Jangan sakiti anak-anak yatim;

20(**) Jauhkan diri dari dosa-dosa yang besar;

21(**) Jangan membiasakan diri melakukan dosa-dosa kecil;

22(**) Banyak berkunjung ke rumah Allah (masjid);

23(**) Lakukan solat dengan ikhlas dan khusyu;

24(**) Lakukan solat fardhu di awal waktu, berjamaah di masjid;

25(**) Biasakan solat malam;

26(**) Perbanyakkan zikir dan do'a kepada Allah;

27(**) Lakukan puasa wajib dan puasa sunat;

28(**) Sayangi dan santuni fakir miskin;

29(**) Jangan ada rasa takut kecuali hanya kepada Allah;

 30(**) Jangan marah berlebih-lebihan;

31(**) Cintailah seseorang dengan tidak berlebih-lebihan;

32(**) Bersatulah kerana Allah dan berpisahlah kerana Allah;

33(**) Berlatihlah konsentrasi fikiran;

34(**) Penuhi janji apabila telah diikrarkan dan mintalah maaf apabila kerana sesuatu sebab tidak dapat dipenuhi;

35(**) Jangan mempunyai musuh, kecuali dengan iblis/syaitan;

36(**) Jangan percaya ramalan manusia;

37(**) Jangan terlampau takut miskin;

38(**) Hormatilah setiap orang;

39(**) Jangan terlampau takut kepada manusia;

40(**) Jangan sombong, takabur dan besar kepala;

42(**) Berlakulah adil dalam segala urusan;

43(**) Biasakan istighfar dan taubat kepada Allah;

44(**) Bersihkan rumah dari patung-patung berhala;

45(**) Hiasi rumah dengan bacaan Al-Quran;

46(**) Perbanyak silaturrahim;

47(**) Tutup aurat sesuai dengan petunjuk Islam;

48(**) Bicaralah secukupnya;

49(**) Beristeri/bersuami kalau sudah siap segala-galanya;

50(**) Hargai waktu, disiplin waktu dan manfaatkan waktu;

51(**) Biasakan hidup bersih, tertib dan teratur;

52(**) Jauhkan diri dari penyakit-penyakit bathin;

53(**) Sediakan waktu untuk santai dengan keluarga;

54(**) Makanlah secukupnya tidak kekurangan dan tidak berlebihan;

55(**) Hormatilah kepada guru dan ulama;

56(**) Sering-sering berselawat kepada Nabi SAW;

57(**) Cintailah keluarga Nabi SAW;

58(**) Jangan terlalu banyak berhutang;

59(**) Jangan terlampau mudah berjanji;

60(**) Selalu ingat akan saat kematian dan sedar bahawa kehidupan dunia adalah kehidupan sementara;

61(**) Jauhkan diri dari perbuatan-perbuatan yang tidak bermanfaat seperti bersembang perkara yang tidak berguna;

62(**) Bergaul lah dengan orang-orang soleh;

63(**) Sering bangun di penghujung malam, berdoa dan beristighfar;

64(**) Lakukan ibadah haji dan umrah apabila sudah mampu;

65(**) Maafkan orang lain yang berbuat salah kepada kita;

66(**) Jangan dendam dan jangan ada keinginan membalas kejahatan dengan kejahatan lagi;

67(**) Jangan membenci seseorang kerana pahaman dan pendiriannya;

68(**) Jangan benci kepada orang yang membenci kita;

69(**) Berlatih untuk berterus terang dalam menentukan sesuai pilihan;

70(**) Ringankan beban orang lain dan tolonglah mereka yang mendapatkan kesulitan;

71(**) Jangan melukai hati orang lain;

72(**) Jangan membiasakan berkata dusta;

73(**) Berlakulah adil, walaupun kita sendiri akan mendapatkan kerugian;

74(**) Jagalah amanah dengan penuh tanggung jawab;

75(**) Laksanakan segala tugas dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan;

76(**) Hormati orang lain yang lebih tua dari kita;

77(**) Jangan membuka aib orang lain;

78(**) Lihatlah orang yang lebih miskin daripada kita, lihat pula orang yang lebih berprestasi dari kita;

79(**) Ambilah pelajaran dari pengalaman dari orang-orang arif dan bijaksana;

80(**) Sediakan waktu untuk merenung apa-apa yang sudah dilakukan;

81(**) Jangan sedih kerana miskin dan jangan sombong kerana kaya;

82(**) Jadilah manusia yang selalu bermanfaat untuk agama, bangsa dan negara;

83(**) Kenali kekurangan diri dan kenali pula kelebihan orang lain;

84(**) Jangan membuat orang lain menderita dan sengsara;

85(**) Berkatalah yang baik-baik atau tidak berkata apa-apa;

86(**) Hargai prestasi dan pemberian orang;

87(**) Jangan habiskan waktu untuk sekadar hiburan dan kesenangan;

88(**) Akrablah dengan setiap orang, walaupun yang bersangkutan tidak menyenangkan.

89(**) Sediakan waktu untuk berolahraga yang sesuai dengan norma-norma agama dan kondisi diri kita;

90(**) Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan fizikal atau mental kita menjadi terganggu;

91(**) Ikutilah nasihat orang-orang yang arif dan bijaksana;

92(**) Pandai-pandailah untuk melupakan kesalahan orang dan pandai-pandailah untuk melupakan jasa kita;

93(**) Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan orang lain terganggu dan jangan berkata sesuatu yang dapat menyebabkan orang lain terhina;

94(**) Jangan cepat percaya kepada berita buruk yang besangkutan teman kita sebelum dipastikan kebenarannya;

95(**) Jangan menunda-nunda pelaksanaan tugas dan kewajiban;

96(**) Sambutlah huluran tangan setiap orang dengan penuh keakraban dan keramahan dan tidak berlebihan;

97(**) Jangan mempromosi diri untuk melakukan sesuatu yang diluar kemampuan diri;

98(**) Waspadalah akan setiap ujian, cubaan, godaan dan tentangan. Jangan lari dari kenyataan kehidupan;

99(**) Yakinlah bahwa setiap kebajikan akan melahirkan kebaikan dan setiap  kejahatan akan melahirkan kerosakan; dan

100(**) Jangan gembira di atas penderitaan orang dan jangan kaya dengan  memiskinkan orang;


EmoticonEmoticon