Saturday, 16 July 2016

RESEPI OTAK-OTAK IKAN & SAYURAN

Tags


Bahan-bahan:

(**)50g bawang merah, dicincang
(**)6 cili merah, dicincang
(**)20g bawang putih, dicincang
(**)20g kunyit, dicincang
(**)2 tangkai serai, dicincang
(**)2 tangkai bunga kantan, dihiris halus
(**)3 helai daun lima purut, dihiris halus
(**)20g lengkuas, dicincang
(**)40g kacang panjang, dihiris
(**)20g lobak merah, dipotong halus
(**)600g ikan tenggiri, dibuang tulang & dipotong kiub
(**)½ sudu teh garam
(**)½ sudu teh gula
(**)½ sudu teh lada putih
(**)60ml susu rendah lemak
(**)2 telur saiz sederhana, dipukul
(**)1 keping daun pisang besar, dipotong kepada kepingan 10x20cm

Cara-cara:

(**)Kisar bawang merah, cili merah, bawang putih, halia, kunyit, serai, bunga kantan, daun limau purut dan lengkuas ke dalam mesin pengisar sehingga halus.
(**)Tambah kacang panjang dan lobak merah. Kisar sehingga sebati.
(**)Tambah kiub ikan tenggiri ke dalam mesin pengisar sehingga campuran menjadi pes. Tambah garam, gulu dan serbuk lada putih.
(**)Tuang campuran ke dalam mangkuk. Tambah susu rendah lemak dan telur. Kacau sehingga sebati.
(**)Letak 2 sudu besar campuran ke atas sekeping daun pisang. Tekan ia menjadi tebal separuh cm dan lebar 4cm. Balutkan ia.
(**)Letak 4 keping otak-otak ke dalam Philips Airfryer pada suhu 180°C selama 7 ke 8 minit sehingga dimasak.


EmoticonEmoticon