Wednesday 20 July 2016

NAK PERUT KEMPIS? AMALKAN MINUM DETOKS TIMUN INI SEBELUM TIDUR

Tags


(**)Sukar untuk mendapatkan perut kempis, bukan nak kempis bak model catwalk tetapi cukuplah tidak ditegur mengandung tiga bulan.

(**)Lemak di perut dikatakan lemak paling teruk dalam badan dan ia berpunca daripada pelbagai masalah kesihatan seperti penyakit kardiovaskular, hipertensi, diabetes type 2, masalah tidur dan macam-macam lagi.

(**)Okay senaman merupakan cara terbaik untuk masalah ini tetapi pada sesiapa yang tidak mempunyai masa yang cukup, mungkin boleh amalkan minuman detoks timun untuk membakar lemak di bahagian perut.

(**)Ini antara kebaikan minuman detoks timun:

(**)Minuman ini merangsang penyahtoksikan dan penyingkiran toksik dan lebihan hasil buangan dari badan dan membenarkan penyerapan zat makanan yang betul dari makanan.
(**)Ia juga melindungi badan daripada kesan buruk radikal bebas dan lain-lain sebatian toksik yang boleh merosakkan kesihatan anda.
(**)Minuman ini mempercepatkan proses pembakaran lemak di kawasan perut dan membantu anda menurunkan berat badan dengan cepat.
(**)Bahan-bahan untuk menyediakan minuman detoks adalah sangat mudah, anda hanya perlu sediakan ½ biji lemon, 1 biji timun, segenggam daun parsley, 1 sudu kecil halia yang diparut dan 1/3 air masak.

(**)Selepas itu, campur semua bahan-bahan dalam pengisar jus dan kisarkan. Minum setiap malam sebelum tidur. Hasilnya amat menakjubkan.

(**)Selamat Mencuba Semua! Jom cantik untuk raya!


EmoticonEmoticon