Saturday, 16 July 2016

KEK CAWAN KELAPA BERSIRAP LEMON ISTIMEWA

Tags


Bahan-bahan yang diperlukan:

(**)270ml santan kelapa Ayam Brand
(**)250g mentega
(**)1 sudu besar parutan kulit lemon
(**)1 cawan gula kastor
(**)3 biji telur
(**)2/3 cawan kelapa parut
(**)2 cawan tepung penaik

Sirap:

(**)¼ cawan jus lemon
(**)½ cawan gula
(**)2 sudu besar air

Cara membuatnya adalah seperti berikut:

(**)Panaskan ketuhar pada 180 darjah celcius.
(**)Campurkan mentega, parutan lemon dan gula didalam satu mangkuk besar. Pukul menggunakan pemukul atau pengadun elektrik sehingga berkrim.
(**)Akhir sekali, gaulkan kelapa, setengah daripada tepung dan setengah daripada santan, kemudian masukkan setengah bahagian lagi daripada bahan-bahan tadi.
(**)Masukkan adunan ke dalam bekasnya. Bakar selama lebih kurang 30 minit sehingga warnanya bertukar coklat keemasan.
(**)Sementara itu, untuk membuat sirap lemon, campurkan jus lemon, air dan gula kedalam periuk kecil. Gaul sehingga mendidih. Apabila kek sudah siap dibakar, keluarkan daripada oven. Tunggu 5 minit dan letak di atas rak. Sedia untuk dihidang.


EmoticonEmoticon