Bahan-bahan :
(**)1 ekor ayam, dipotong 12 bahagian
(**)1 sudu teh serbuk kunyit
(**)2 helai daun salam
(**)2 biji tomato dicincang halus
(**)400ml air
(**)3 biji lada besar segar, dipotong-potong
(**)1 biji bawang besr, dipotong-potong
(**)1 kulit kayu manis – tumis
(**)5 biji buah pelaga- tumis
(**)2 tangkai bunga lawang-tumis
(**)1 sudu teh gula pasir, atau secukupnya untuk menambah rasa
(**)2 senduk minyak untuk menumis
Bahan Untuk Dikisar Halus
(**)8 biji bawang merah
(**)4 biji bawang putih
(**)1cm halia
(**)2 batang serai
(**)14 tangkai cili kering (tahap kepedasan – ikut citarasa sendiri, boleh ditambah/dikurangkan.
(**)1 1/3 sudu teh garam
(**)½ sudu teh sos cili
Cara membuat :
(**)1. Ayam yang telah dibersihkan digaul dengan kunyit dan garam. Biarkan seketika
(**)2. Panaskan minyak, gorengkan ayam tersebut separuh masak. Angkat dan toskan minyak. Ketepikan.
(**)3. Kemudian tumis bunga lawang, kulit kayu manis dan buah pelaga seketika. Kemudian masukkan pula ke semua bahan kisar dan juga daun salam hingga berbau harum.
(**)4. Masukkan ayam dan tambah air jika diperlukan.
(**)5. Kemudian masukkan pula tomato, sos cili dan gula secukup rasa.
(**)6. Biarkan sampai pekat dan masak.
(**)7. Hiaskan dengan hirisan bawan dan cili besar .
EmoticonEmoticon