(**)Boleh dikatakan setiap kali kita ke klinik untuk mendapatkan rawatan akibat demam, batuk atau jenis penyakit lain, pasti doktor akan menasihatkan kita untuk meminum air dengan sebanyak yang mungkin setiap hari.
(**)Secara umumnya, sememangnya kita tahu yang mengambil air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari adalah sangat penting demi memastikan tubuh badan kita kekal sihat dan cukup hidrat.
(**)Lima sebab kenapa anda perlu minum air kosong dengan banyak setiap hari.
(**)1. Air kosong membantu dalam menyeimbangkan tahap mineral dalam tubuh
(**)Tubuh kita memerlukan 60 peratus air. Fungsi cecair dalam tubuh termasuklah untuk sistem penghadaman, penyerapan, peredaran darah, penciptaan air liur serta menyeimbangkan suhu tubuh. Apabila tubuh kekurangan cecair, otak akan menghantar mekanisme dahaga.
(**)2. Air mengawal kalori dalam tubuh
(**)Selama bertahun-tahun, mereka yang mengamalkan diet sihat menjadikan pengambilan air kosong dengan banyak sebagai satu strategi untuk menurunkan berat badan. Sememangnya air tiada sebarang kesan magik untuk menurunkan berat tubuh tetapi ia mampu mengawal kalori dalam tubuh dan sekaligus membantu melangsingkan tubuh.
(**)3. Air mampu memberi tenaga pada otot
(**)Meminum air dengan banyak itu penting ketika bersenam. Ia sangat disarankan sewaktu sebelum dan ketika melakukan aktiviti kerana ia untuk mengganti semula peluh yang keluar dek senaman yang dilakukan.
(**)4. Air memastikan kulit cantik menawan
(**)Kulit kita memerlukan air yang banyak agar tidak menyebabkan masalah dehidrasi pada kulit. Apabila berlakunya dehidrasi, kulit akan lebih cepat menua. Jadi, pastikan meminum air yang banyak agar kulit sentiasa gebu dan sihat sepanjang masa.
(**)5. Air membantu dalam memastikan buah pinggang bekerja dengan baik
(**)Buah pinggang berperanan membersih dan menyahkan toksin dalam tubuh jika pengambilan air yang cukup. Jika kita mengambil air dengan cukup, proses pembuangan air kecil akan lebih kerap sekaligus membuang toksin berbahaya pada tubuh.
EmoticonEmoticon