Sunday, 26 June 2016

Cara Elak Dijangkiti Virus Zika

Tags


(**)Dunia kali ini dikejutkan dengan virus Zika yang kian menular dari negara ke negara dan dari individu ke individu. Virus Zika merupakan satu penyakit yang disebabkan oleh virus Zika yang merebak kepada manusia melalui gigitan nyamuk Aedes yang dijangkiti penyakit ini.

(**)Simptom yang kebiasaannya boleh dilihat adalah demam, ruam, sakit sendi dan mata kemerahan. Biasanya penyakit ini menunjukkan simptom yang tidak terlalu ketara dan berlanjutan selama beberapa hari atau sehingga seminggu selepas mendapat gigitan nyamuk yang dijangkiti.

(**)Virus Zika dikesan buat pertama kali pada tahun 1947 dan diberikan nama berdasarkan Hutan Zika di Uganda. Pada tahun 1952, kes pertama melibatkan manusia dengan virus Zika dikesan dan sejak dari itu wabak Zika mula dilaporkan di kawasan tropika Afrika, Asia Tenggara dan kepulauan Pasifik.

(**)Majoriti pesakit menganggap simptom sebegini yang dialami hanya berpunca dari penyakit biasa atau demam biasa dan disebabkan itu ramai yang mengelak dari ke hospital untuk melakukan rawatan dan pemeriksaan lanjut.

(**)Sememangnya setakat ini Zika tidak mengakibatkan sebarang kematian. Tetapi sekali wanita hamil dijangkiti penyakit ini, ianya akan mengakibatkan masalah pada kandungan dan kelak efeknya dialami selepas bayi tersebut dilahirkan yang mungkin boleh menyebabkan otak dan saiz kepala mengecil.

(**)Dengan itu, virus Zika perlu diberikan perhatian agar ianya tidak menular dengan mudah pada manusia terutamanya wanita hamil. Fakta dan cara untuk mengelak dari dijangkiti penyakit ini.

(**)Fakta:

(**)Setakat ini masih belum ada vaksin untuk mengelak dari penyakit virus Zika.
(**)Elak Zika dengan mengelakkan diri dari digigit nyamuk.
(**)Nyamuk Aedes yang menyebarkan Zika kebiasaannya bebas pada waktu siang.
(**)Nyamuk yang membawa penyakit Zika bukan hanya menyebarkan virus tersebut, malah juga denggi dan chikung nya.
(**)Elak dari perpindahan virus Zika ketika berhubungan seks dengan menggunakan kondom atau elak terus dari melakukan seks.

(**)Cara mengelak gigitan nyamuk :

(**)Pakai baju lengan panjang dan seluar panjang untuk mengelak digigit nyamuk.
(**)Elak dari berada di bilik atau kawasan yang tidak bertingkap atau berpintu untuk mengelak nyamuk di luar bangunan.
(**)Tidur di dalam kelambu jika anda berada di kawasan yang mempunyai masalah nyamuk dan denggi yang teruk.
(**)Gunakan semburan penghalau nyamuk jika perlu. Elakkan dari menyembur penghalau nyamuk jika bersama bayi atau kanak-kanak.


EmoticonEmoticon