Saturday 21 May 2016

Tujuh Tip Untuk Elak Pening Sebab Kaki Berbau

Tags


(**)Selalunya anda yang jenis suka pakai kasut akan jadi mangsa kaki berbau. Jangan abaikan sebab orang nak tegur pun tak sampai hati, jadi kalau hidung anda sendiri boleh hidu, bolehlah amal tip ini...

(**)1. Pakai stoking apabila memakai kasut
(**)Sentiasa pakai stoking  yang bersih apabila memakai kasut. Pastikan sebelum memakai stoking, jari-jari dan celah-celah jari kaki dilapkan sehingga kering.

(**)2. Cuci jari-jari dan celah-celah jari kaki dengan bersih
(**)Kebersihan kaki amat penting agar tiada masalah jangkitan kulat pada kaki. Cuci dengan bersih setiap kali mandi dan lap dengan kering celah jari kaki untuk mengelakkan kaki lembap.

(**)3. Tidak memakai kasut yang lembap
(**)Keadaan dalam kasut yang lembap menggalakkan pembiakan kulat. Kaki yang dijangkiti kulat menyebabkan

(**)4. Gunakan deodoran kaki
(**)Deodoran atau antiperspirant perlu diamalkan untuk mencegah daripada kaki berpeluh.

(**)5. Pakai agen pencegah kulat kaki
(**)Lap bahagian dalam kasut dengan tuala yang telah dibasahkan dengan agen pencegah kulat kaki.

(**)6. Tukar penggunaan kasut setiap 5 hari
(**)Amalkan tukar penggunaan kasut setiap lima hari untuk mengelakkan bahagian dalam kasut daripada lembap.

(**)7. Sapu krim atau bedak anti fungus
(**)Sapu krim atau bedak anti fungus pada bahagian kaki yang berjangkit ketika berada di rumah, lebih-lebih lagi sebelum tidur. Elakkan penggunaannya ketika hendak memakai kasut kerana ia boleh menyebabkan celah-celah jari kaki memerangkap peluh dan menyebabkan tempat berjangkit menjadi lembap.


EmoticonEmoticon