Tuesday 17 May 2016

Tips Belajar Menghargai Waktu Yang Ada…

Tags


(**)Hidup di dunia ini hanya sementara waktu, esok lusa masih belum pasti apakah kita masih diberikan kesempatan untuk menikmati kehidupan ini.Jadi, cubalah menghargai waktu yang melewati kehidupan anda.


(**)Gunakan sebaik mungkin kerana waktu yang anda miliki hari ini tidak akan terulang lagi. Di samping belajar menghargai waktu, belajarlah juga mensyukuri apa yang anda miliki sekarang.Tidak dinafikan ramai di antara kita, secara sedar ataupun tidak, telah mensia-siakan waktu yang ada. Gaya hidup tersebut sebaiknya segera kita ubah agar kehidupan kita menjadi lebih bererti dan efektif. Kunci sebuah kesuksesan adalah bagaimana kita mampu menggunakan setiap waktu yang tersedia sebaik-baiknya. Dengan memanfaatkan waktu, berdisiplin, dan kerja keras seseorang itu akan mampu mencapai impiannya.

(**)Berikut adalah beberapa cara yang boleh anda lakukan bagi membuktikan anda telah menghargai waktu:

(**)Bangun Lebih Awal
(**)Anda yang terpaksa bergelut dengan dunia kerja yang penuh kesibukan, sebaiknya anda bangun lebih awal atau pagi kerana jika ‘terbabas’ ia boleh menganggu mood anda. Akibatnya waktu yang anda miliki menjadi kurang efektif dan tidak mustahil anda akan kehilangan fokus sewaktu bekerja.



(**)Belajar ‘Manage’ Waktu
(**)Ada sebahagian orang yang tidak boleh ‘manage’ waktunya sendiri. Akibatnya, waktu mereka terbuang dengan begitu sahaja atau sia-sia. Jika anda seorang yang menghargai waktu, sudah pasti anda bijak ‘manage’ waktu anda sendiri agar apa sahaja yang dilakukan bukan sia-sia. Selain itu, jika anda bijak mengatur waktu dengan baik, anda jarang dihimpit stres jika dibandingkan mereka yang tidak mengaturnya.



(**)Boleh Multi-Tasking, Tetapi Bukan Kerap!
(**)Ramai orang yang pulang ke rumah dan mengeluh tentang betapa sibuk dirinya di pejabat.Ada juga yang berasa sangat sibuk dan mengaku tidak memperoleh apapun manfaat dari seluruh aktiviti sehariannya.Mungkin ada di antara kita yang beranggapan atau menyangka bahawa salah satu cara untuk menghargai waktu dalam melakukan tugasan yang berlonggok adalah dengan cara multi-tasking.Sedangkan multi-tasking hanya akan membuat pekerjaan anda tidak ‘superb’ sehingga memerlukan lebih banyak waktu untuk menyempurnakannya.Jadi, selesaikan satu tugas sebelum beralih ke tugas yang berikutnya.



(**)Kurangkan Browsing Dan ‘Main’ Telefon
(**)Cuba kurangkan kebiasaan anda mem-browsing internet dan ‘main’ telefon yang tidak penting atau tiada kaitan langsung dengan pekerjaan yang anda lakukan kerana ia akan menghabiskan waktu yang anda miliki. Hargai waktu yang anda miliki dengan melakukan perkara yang lebih penting dan bermanfaat.Melayari media sosial boleh menyebabkan ketagihan dan mengambil sebahagian besar waktu anda. Jadi, cubalah menghargai waktu dan bataskan waktu selama 30 minit atau kurang daripada itu bagi tujuan tersebut.


EmoticonEmoticon