Bahan-bahan ( 1 biji kek )
(**)- tepong super fine - 150 gram
(**)- gula kastor - 150 gram
(**)- telor - 5 biji telor A
(**)- ovalette - 15ML - bersamaan 1 sudu besar
(**)- air daun pandan - 80ML
(**)- minyak / mentega cair -80ML
(**)- pes pandan - 5ML/ 1sudu teh
(**)- serbuk penaik - 5ML/1 sudu teh
(**)- sedikit pewarna hijau
Cara-cara membuatnya..
(**)1. satukan gula, ovalette, tepong, serbuk penaik dan telor dalam mangkuk adunan. pukul hingga pekat dan gebu selama 5 minit dengan kelajuan tinggi.( tapi nie terletak kepada kalajuan pengadun)
(**)2. perlahankan kelajuan dan masukkan air daun pandan, pes pandan dan sedikit pewarna hijau...pukul lagi dengan kelajuan tinggi selama minit atau sehingga aduan kek benar2 ringan.
tuangkan minyak/ mentega cair kedalam adunan dan gaul dengan senduk sehingga sebati.
(**)3. sediakan tin pembakar bulat atau 4segi ukuran 8icni, griskan dasarnya dan lapik kertas serap minyak. tuangkan adunan dan bakar selama 45minit atau hingga masak pada suhu 150 - 180darjah celcius
(**)4. bila dah masak keluarkan dari oven dan telangkupkan kat atas redai kek...lebih kurang 5 minit...bagi mengelakkan kek kita kempis...
(**)5. pes pandan yang sweet guna..500ML -RM18.00...sweet kena la beli yang besar...jimat sikit...
kek dimasak mengunakan api bawah dan atas
EmoticonEmoticon