Monday 16 May 2016

Resepi Biskut Red Pearl

Tags


Bahan-bahan ( 60-65 biji bergantung pada saiz jemputan )

(**)150g butter, suhu bilik - Tak guna yang mahal macam Golden Churn (katanya dah halal) atau SCS pun takpe, janji wangi dan sedap
(**)150g tepung gandum
(**)75g gula kastor - sy guna gula kasar kisar
(**)60g cornflakes - sy guna Nestle
(**)50g coklat chips
(**)25g almond nibs - kali ni sy guna sliced almonds
(**)1st esen vanila - brand E&G sedap sebab wangi
(**)ceri merah, dihiris halus dan memanjang

Cara-cara

(**)1. Pukul butter dan gula hingga sebati (sy guna whisk telur je. Takyah pukul sampai pucat lesi, cukup setakat gula gaul sebati dengan butter).

(**)2. Campurkan semua bahan kering (dan esen vanila) kecuali ceri merah. Kacau sebati menggunakan sudip kayu (sy guna whisk telur pastu malas ganti dengan garfu pula).

(**)3. Guna 2 garfu, jemputkan adunan ke atas dulang pembakar yang diletak baking paper (sy guna non-stick baking paper, jemputkan kecil sikit dari 1/2sb. Adunan akan merebak/meleper jadi jangan ditekan/dipenyek jemputan tu. Elok dia tinggi sikit supaya rangup nanti)

(**)4. Sapukan kuning telur (kali ni tak buat, sebab buat separuh adunan. Masih lekat lagi cerinya walaupun tak letak) dan hias dengan ceri merah.

(**)5. Bakar pada oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu 175C, 20-25min atau bergantung pada oven masing-masing atau hingga tepi-tepi biskut agak keperangan (sy bakar 160C, 20minit gitu). Bakar rak tengah, api atas bawah.


EmoticonEmoticon