Tuesday 17 May 2016

Perut Buncit Lepas Beranak? Pakailah Bengkung!

Tags


(**)Selepas beranak atau melahirkan, perut anda masih lagi nampak buncit? Macam mana nie?


(**)Biasanya, selepas melahirkan anak kebanyakan wanita akan melalui proses berpantang. Kaum ibu akan mengikuti langkah-langkah rawatan untuk mengembalikan kesegaran tubuh cara tradisi yang diwarisi sejak zaman nenek moyang. Sekiranya rawatan ini tidak dilakukan, tubuh wanita yang telah bersalin dikatakan akan menjadi lesu tidak bermaya, muka pucat dan tidak berseri. Malahan, tubuhnya akan menggeleber.

(**)Jadi, salah satu cara dikatakan mampu merampingkan tubuh badan selepas bersalin adalah dengan memakai bengkung. Bengkung dapat mengembalikan potongan badan yang asal,menjadi sihat dan cergas seperti sediakala, kelihatan jelita dan paling seronok, berjaya menarik kembali “minat” sang suami.

(**)Apa Itu Bengkung?

(**)Bengkung biasanya diperbuat daripada kain belacu atau kain kapas agar dapat menyerap peluh  dan dipakai selepas rawatan bertungku, atau bertangas. Jika zaman dahulu wanita yang baru lepas melahirkan anak akan mengenakan bengkung sepanjang 10 meter dan lebarnya 12 inci, kemudian bengkung itu dililitkan dengan kemas bermula dari bahagian pinggul hinggalah ke bahagian bawah buah dada.

(**)Seiringan dengan perubahan zaman,gaya ikatan bengkung juga turut berubah selaras dengan penggunaannya untuk menjimatkan masa dan lebih mudah dipakai. Bengkung pada zaman sekarang dijahit rapi mengikut kesesuaian tubuh badan serta menggunakan tali untuk kemaskan ikatan bengkung tersebut.

(**)Faedah Memakai Bengkung:

(**)Mengempiskan perut dan mengurangkan berat badan supaya potongan badan kembali kepada bentuk asal.
(**)Mengetatkan perut dan otot-otot yang longgar semasa kehamilan.
(**)Menggalakkan postur yang baik, justeru, membantu penyusuan bayi.
(**)Memecahkan lemak dan selulit.
(**)Mencegah daripada makan berlebihan.
(**)Mengecutkan rahim bengkak.
(**)Merapatkan faraj yang telah regang dan longgar.
(**)Membantu mengempiskan perut dengan cepat dan mengelakkan perut buncit (bersalin normal).
(**)Membantu mengembalikan kedudukan peranakan (rahim).
(**)Membantu menyokong tulang belakang.
(**)Membantu merapatkan tulang punggung.
(**)Mengelakkan perut daripada ‘masuk angin’.
(**)Menyokong rahim yang masih lemah ketika dalam pantang.
(**)Mengelakkan penggumpulan lemak dibahagian-bahagian tertentu terutamanya perut, pinggang dan paha.

(**)Tempoh Pemakaian Bengkung

(**)Tempoh berpantang bagi ibu bersalin adalah 44 hari. Oleh itu,dalam tempoh tersebut, bengkung seelok-eloknya dipakai sepanjang masa dan hanya ditanggalkan ketika mandi. Ia mula dipakai dari hari ke-4 sehingga habis tempoh pantang. Malah, selepas anda habis berpantang,anda juga boleh meneruskan pemakaian bengkung tersebut.

(**)Sebaik-baiknya anda mempunyai dua helai bengkung agar dapat menukar bengkung untuk membersihkannya. Anda juga perlu menitik beratkan kebersihan agar tidak timbul masalah lain seperti kegatalan atau kerengsaan pada kulit.

(**)Jenis Bengkung

(**)Bengkung tradisional – mudah dipakai dan ditanggalkan sekiranya ingin membuang air kecil.
(**)Bengkung moden – bengkung ini mempunyai tali yang panjang dan anda perlu mengikatnya sendiri.

(**)Cara Pemakaian Bengkung

(**)Bengkung hendaklah dipakai sepanjang masa, siang dan malam. Pastikanlah ia dipakai dengan betul, iaitu bermula dari bawah, tutupkan semua abdomen, kemudiaan ikat sampai ke bahagian di bawah payudara. Bengkung yang terlalu pendek atau tidak dipasang dengan betul akan menjejaskan pemulihan rahim sebab rahim akan tertolak ke bawah. Pastikan juga bengkung tersebut diikat dengan kemas dan ketat supaya ia tidak terurai dengan mudah.

(**)INFO EKSTRA

(**)Bengkung Sokongan Kehamilan

(**)Bengkung sokongan kehamilan adalah sejenis bengkung yang direka khas untuk ibu-ibu mengandung. Ia bertujuan mengurangkan tekanan kepada bahagian belakang dan abdomen. Tujuan utama bengkung sokongan kehamilan adalah untuk mengalih berat di bahagian hadapan anda ke tulang belakang secara seimbang dan selesa. Di samping itu, apabila ia dipakai, ia secara tidak langsung turut memberi keredaan kepada kaki dan bahagian-bahagian badan yang lain.

(**)Manfaat Bengkung Sokongan Kehamilan

(**)Meredakan sakit belakang ibu mengandung.
(**)Mengurangkan tekanan kepada pundi kencing.
(**)Membantu peredaran darah di bahagian pelvis.
(**)Mengelak kontraksi awal.
(**)Mengurangkan bengkak.

(**)Kesimpulan

(**)Berbengkung sahaja tidak mencukupi. Amalan-amalan lain seperti urut, bertungku, jamu dan mandian herba perlu dilakukan untuk melengkapkan amalan berpantang. Jika diikuti dengan taat dan sempurna, pemakaian bengkung dapat mengembalikan tubuh badan anda seperti dahulu. Jangan teragak-agak untuk meminta petua daripada yang berpengalaman dalam memelihara kesihatan tubuh badan.


EmoticonEmoticon