Sunday 1 May 2016

Ketahui Penyebab Anak Anda Kerap Terkencing Di Malam Hari

Tags


(**)Kencing malam atau terma perubatannya Enuresis adalah satu keadaan di mana kanak-kanak kencing tanpa sedar semasa tidur. Kebanyakan kanak-kanak berhenti kencing malam selepas umur 5 atau 6 tahun.

(**)Menurut kajian, 10%-15% daripada kanak-kanak yang berumur 5 hingga 12 tahun masih terus kencing malam walaupun mereka tiada masalah dalam sistem buah pinggang.Kajian di Malaysia menunjukkan masih terdapat lebih kurang 6.2% daripada kanak-kanak yang berumur 7 hingga12 tahun masih lagi kencing malam.


(**)Penyebab Kerap Kencing Malam

(**)Ruang pundi kencing yang kecil.
(**)Gangguan tidur.
(**)Kebanyakkan pesakit yang kencing malam dikatakan tidur terlalu nyenyak. Walau bagaimapun tiada bukti yang kukuh untuk menyokong pernyataan ini.
(**)Kurang penghasilan hormon yang dipanggil vasopressin semasa tidur. Vassopressin adalah penting untuk mengurangkan penghasilan kencing di waktu malam.


(**)Komplikasi Akibat Kencing Malam

(**)Boleh mengakibatkan perasaan rendah diri dikalangan kanak-kanak.
(**)Perasaan itu sendiri boleh menyebabkan faktor risiko untuk masalah psikitrik.
(**)Menyebabkan masalah sosial.
(**)Tekanan dalam keluarga.


(**)Rawatan & Cara Atasi

(**)Ubat membantu anak anda kekal kering semasa tidur, dapatkan bantuan doktor mengenai perkara ini.
(**)Jangan salahkan anak anda. Bercakap tentang perkara ini secara terbuka dengan anak anda.
(**)Kawal pengambilan minuman di waktu petang dan malam.
(**)Bangunkan anak anda di tengah malam untuk kencing, ini boleh mengelak kencing malam tetapi tidak boleh menyembuhkan enuresis.
(**)Gunakan lapik tilam yang kalis air.


EmoticonEmoticon