Wednesday 18 May 2016

Ketahui Fungsi Sebenar Asid Amino Buat Tubuh

Tags


(**)Asid amino merupakan sebatian organik biologi yang mempunyai kumpulan berfungsi amino dan asid karboksilik dengan rantai sisi yang khusus untuk setiap asid amino.


(**)Unsur-unsur utama asid amino ialah karbon, hidrogen, oksigen, dan nitrogen. Dalam bentuk protein, asid amino merupakan komponen yang kedua terbesar dalam struktur otot manusia, sel dan tisu.Asid amino adalah kimia protein blok binaan. Tubuh kita dibangunkan oleh blok-blok binaan ini. Secara struktur, badan anda terutamanya boleh terjejas oleh protein yang dibangunkan daripada asid amino.Asid amino menyumbang kepada kesihatan sistem saraf, struktur otot, pengeluaran hormon, organ-organ penting dan struktur sel.

(**)Fungsi Asid Amino

(**)Asid amino merupakan komponen utama dalam pelbagai metabolisma. Dikategorikan sebagai fungsi asid amino kerana ia merupakan sebahagian daripada pusat kompleks dan sistem biologi.
(**)Jika tidak mendapat asid amino yang cukup dalam diet, kesihatan boleh terjejas.
(**)Fungsi asid amino lain bergantung pada asid-asid amino, unsur-unsur mineral, karbohidrat dan asid lemak.

(**)Pecahan

(**)Asid Amino Perlu
(**)Asid amino perlu adalah sumber protein yang badan kita perlukan tetapi kita tidak boleh menghasilkannya sendiri.

(**)Asid Amino Tidak Perlu
(**)Boleh dihasilkan oleh badan, maka kita tidak wajib mengambilnya dalam pemakanan seharian.



(**)Asid Amino Perlu:

(**)Histidine
(**)Berfungsi untuk membina dan membaiki tisu yang rosak. Ia juga penting untuk mengekalkan kesihatan tiub mielin yang melindungi sel saraf kita. Kita memerlukan histidine untuk menghasilkan sel darah merah dan putih dan juga histamin yang penting untuk kesihatan imunisasi badan. Histidine melindungi tubuh dari kerosakan akibat radiasi.

(**)Isoloeucine
(**)Fungsi Isoleucine ialah untuk menghasilkan hemoglobin, menstabilkan dan menyelaraskan tahap gula dalam darah dan juga memberikan tenaga. Isoleucine juga merupakan salah satu cabang daripada tiga asid amino berangkai – bersama-sama dengan leucine dan valine.

(**)Valine
(**)Valine merupakan asid amino perlu yang mengandungi efek stimulan. Ia diperlukan untuk metabolisma otot, pembaikian tisu dan untuk mengekalkan keseimbangan nitrogen dalam badan.

(**)Leucine
(**)Leucine berkerjasama dengan asid amino isoleucine dan valine dalam melindungi otot. Ketiga-tiga asid amino ini membantu dalam menyembuhkan kecederaan tulang, kulit dan tisu otot dan sangat disarankan bagi mereka yang baru selesai menjalani pembedahan. Leucine juga penting dalm merendahkan tahap gula dalam darah yang tinggi serta merangsang penghasilan hormon kesuburan.

(**)Methionine
(**)Methionine berfungsi untuk memecahkan lemak dan menghalang pembentukan lemak di hati dan salur darah yang boleh menyekat aliran darah ke otak, jantung dan buah pinggang. Methionine menolong sistem penghadaman berjalan lancar dengan membantu mendetoks agen bahaya seperti karbon dan logam berat. Methionine juga diperlukan untuk mengelakkan kerosakan rambut, melindungi tubuh daripada radiasi dan mengawal osteoporosis.

(**)Threonine
(**)Threonine adalah asid amino perlu yang digunakan untuk mengekalkan keseimbangan protein dalam badan dan penting dalam pembentukan kolagen dan elastin. Threonine terdapat di dalam jantung, sistem saraf tunjang dan otot skeletal, threonine membantu mencegah pengumpulan lemak di dalam hati. Ia juga menguatkan sistem ketahanan badan dengan menghasilkan antibodi.

(**)Lysine
(**)Asid amino lysine penting untuk tumbesaran tubuh. Kanak-kanak yang sedang membesar amat memerlukannya bagi mendapatkan pertumbuhan dan perkembangan tulang yang sihat kerana ia membantu dalam penyerapan kalsium. Lysine juga dikatakan dapat merendahkan tahap serum trigliserida yang tinggi dan digunakan untuk melawan virus Herpes.

(**)Phenylalanine
(**)Phenylalanine penting untuk tubuh kita kerana ia bertanggungjawab menjadi asid amino tyrosine yang digunakan untuk mensintesis dua neurotransmitter utama bagi mengawal kesedaran, iaitu dopamine dan norep-inephrine. Phenylalanine ada digunakan untuk merawat arthritis, kemurungan, kekejangan disebabkan PMS, migraine, obesiti, penyakit Parkinson dan schizophrenia.

(**)Tryptophan
(**)Digunakan oleh otak untuk menghasilkan serotonin, iaitu satu neurotransmitter yang menghantar maklumat dari satu sel ke satu sel yang lain bagi mengawal pergerakan dan juga bertanggungjawab memastikan kita mendapat tidur yang normal. Tryptophan merupakan satu elemen yang dapat membantu melawan kemurungan dan juga insomnia dan membantu menstabilkan mood. Tryptophan mengawal hyperactivity di kalangan kanak-kanak, menghilangkan stress, menyokong kesihatan jantung, menolong mengawal berat badan dengan mengawal selera makan dan menyokong pelepasan hormon untuk pertumbuhan. Ia juga elok untuk migrain dan boleh mengurangkan kesan nikotin.


EmoticonEmoticon