Wednesday 11 May 2016

Kandungan Dan Khasiat Royal Jelly Sangat Unik & Misteri

Tags


(**)Royal Jelly hanya mampu dihasilkan oleh lebah. Ianya merupakan susu Ratu Lebah yang menjadi makanan utama Ratu Lebah dan larvanya.


(**)Royal Jelly memiliki kandungan dan khasiat yang sangat unik dan misteri. Namun, ianya terbukti mampu merawat pelbagai jenis penyakit dan berkesan melawan penuaan.

(**)Royal jelly merupakan produk yang dihasilkan sendiri oleh lebah dan bukan merupakan modifikasi daripada produk tanaman atau penternakan yang menggunakan bahan kimia. Royal jelly secara khususnya dihasilkan oleh para lebah melalui pollen dan nectar yan dihirup, kemudian disekresi melalui sesungut istimewa di kepala lebah.

(**)Royal Jelly disuntik kedalam larva untuk memastikannya mendapat nutrient yang cukup. Selepas tiga hari, larva yang diberi royal jelly berubah menjadi Ratu Lebah dan akan terus diberi makan royal jelly sepanjang hayatnya. Ratu Lebah juga dikatakan mampu hidup sehingga lebih daripada lima tahun lamanya kerana diberi royal jelly, maka usianya adalah jauh lebih panjang berbanding lebah-lebah lain yang hanya memakan pollen dan madu.

(**)Khasiat Royal Jelly

(**)Mengurangkan Paras Kolesterol
(**)Hasil dari kajian yang dilakukan, pesakit yang mengalami kolestrol diberi royal jelly sebanyak 6 gram, setiap hari selama empat minggu. Hasilnya kolesterol mengalami kadar penurunan kolesterol jahat dan kolesterol baik tidak mengalami penurunan.

(**)Mencegah Kanser Payudara
(**)Royal jelly mempunyai kesan perlindungan pada sel kanser payudara. Royal jelly mempunyai sifat anti estrogen persekitaran, iaitu dengan menghalang BPA yang merupakan estrogen persekitaran yang memberi kesan merangsang percambahan kanser payudara pada manusia iaitu sel MCF-7.

(**)Pencegahan Osteoporosis Dan Kalsium Pada Tulang
(**)Para doktor mendapati bahawa royal jelly boleh mencegah osteoporosis dengan meningkatkan penyerapan kalsium pada usus. Ramai orang yang mengambil royal jelly sebagai tambahan nutrisi yang mengandungi kalsium dan vitamin D.

(**)Membantu Pesakit Diabetes
(**)Royal jelly dikatakan mampu merendahkan kadar gula di dalam tubuh. Bagi mereka yang mempunyai penyakit diabetes, mengambil royal jelly sebagai makanan tambahan adalah pilihan yang bijak.

(**)Menyembuhkan Luka Kulit
(**)Hasil kajian para peneliti mengambil keputusan bahawa royal jelly positif berperanan mempercepatkan proses penyembuhan luka pada kulit dengan jauh lebih cepat daripada penggunaan ubat-ubatan lain.

(**)Kecantikan Kulit
(**)Royal jelly mengandungi nutrisi dan vitamin yang menyokong pembaharuan kulit seperti flavonoid, asid nukleik, asid dekanoat, enzim, hormon, mineral, vitamin B1, B2, B3, B5, B6 dan kolin, yang semuanya sangat baik untuk kulit. Selain itu, kajian menunjukkan bahawa asid yang ditemui di dalam royal jelly menyumbang kepada pengeluaran kolagen.

(**)Anti Radang
(**)Kajian moden menyatakan bahawa keradangan kronik merupakan salah satu sebab penyakit jantung serta penyakit degeneratif lainnya, seperti Alzheimers, arthritis bahkan beberapa jenis kanser. Penelitian yang dibuat menyatakan royal jelly bersifat anti-radang.


EmoticonEmoticon