Saturday 28 May 2016

DAGU BERLAPIS? CUBA ATASINYA DENGAN PETUA INI

Tags


(**)Belek muka dekat cermin, tiba-tiba rasa muka macam naik semacam je. Alaa dagu berlapis pun ada, hurmmmm. Stress sangat! Nak buat macam mana ni?

(**)Untuk pengetahuan anda, dagu berlapis bukan saja terbentuk daripada kesan makan berlebihan tetapi banyak faktor lain juga yang menyumbang, termasuklah cara duduk dan berjalan tidak betul.

(**)Mungkin anda boleh ikut antara petua dan tips di bawah ini.

(**)Jangan membongkok atau tunduk ketika duduk, berdiri atau berjalan. Pastikan belakang tegak mendaku sentiasa.
(**)Ini sangat penting, sentiasalah jaga pemakan supaya tidak berlebihan.
(**)Urut dagu menggunakan pergerakan dari bawah ke atas. Urutan boleh membantu mengetatkan otot dan merangsang peredaran darah.
(**)Lakukan senaman dagu dan leher bila anda masa terluang. Waktu yang terbaik pagi sebaik bangun dari tidur, malam ketika menonton TV ataupun ketika di pejabat.

(**)SENAMAN DAGU

(**)Berdiri tegak dan lihat ke hadapan. Menggunakan belakang telapak tangan, lakukan pergerakan menyepak bergilir-gilir dengan tangan kiri dan kanan. Lakukan sebanyak 40 kali.
(**)Berdiri tegak dan lihat ke hadapan. Jelirkan lidah sepanjang yg boleh. Ulangi sebanyak 10 kali. Pasti anda akan alami kesannya kerana otot di bahagian leher akan berasa tegang dan ketat.
(**)Menggunakan otot muka dan leher, cuba angkat bahagian bawah bibir melewati bibir atas sejauh yang  boleh. Ulangi sebanyak 10 kali.
(**)Buat senaman muka – a e i o u 40 kali semasa mengadap cermin  untuk mencantikkan bentuk muka.
(**)Tepuk dagu menggunakan belakang tangan – 40 kali semasa mengadap cermin, untuk mengurangkan dagu berlapis.
(**)Berteleku di bibir katil, topangkan telapak tangan untuk menampung dagu, setiap kali bangun pagi selama 10 minit, siku di atas lutut – untuk mengurangkan dagu berlapis.
(**)Berteleku di bibir katil, tundukkan kepala dan tampung muka dengan telapak tangan (penuhkan muka dengan telapak tangan), siku di atas lutut, 10 minit untuk mengurangkan muka sembab dan menaikkan tulang pipi.


EmoticonEmoticon