Saturday 7 May 2016

6 Tips Elak Cinta Tiga Segi

Tags


(**)Setiap orang pasti mengharapkan yang terbaik dalam perhubungan. Tetapi, bagaimana jika kekasih anda terjerat dalam cinta tiga segi?


(**)Cinta merupakan satu anugerah dan indah jika mencintai dan dicintai oleh orang yang tersayang. Tetapi ia boleh bertukar kepada mimpi ngeri sekiranya orang yang kita sayang tersebut mempunyai kekasih baru yang lain. Lagi perit sekiranya kekasih baru itu merupakan kawan baik kita sendiri.

(**)Cinta tiga segi adalah hubungan cinta tidak ikhlas dan tidak setia pada yang satu dan selalunya ia berlaku apabila seseorang itu mudah jatuh cinta dengan orang lain. Cinta tiga segi ini melibatkan kedua gender tidak kiralah samada lelaki mahupun perempuan. Apabila terlibat dalam kancah cinta tiga segi, risiko yang paling besar ialah pasti ada hati yang terluka apabila mengetahui hakikat yang sebenar. Bukan semua individu itu cekal dan tabah mengahadapi situasi sebegini. Lagi perit sekiranya ia berlaku ke atas individu yang baru pertama kali mengenal erti cinta.



(**)Ciri-Ciri Kekasih Terjebak Dalam Cinta Tiga Segi:

(**)Telefon bimbitnya akan sentiasa berada dalam  mode “silent” apabila anda berdua keluar “dating”.
(**)Akan menjauhi anda apabila menjawab panggilan telefon.
(**)Mempunyai “password” di  telefon bimbit dan si dia merahsiakan “password” tersebut.
(**)Sentiasa menolak untuk keluar “dating”  dengan anda.
(**)Berahsia.
(**)Sentiasa berwaspada bila keluar dengan anda.
(**)Langsung tidak ambil berat pasal anda seperti sebelumnya.


(**)Tips Elak Daripada Terjebak Dalam Cinta Tiga Segi



(**)1. Jangan kongsi masalah perhubungan dengan kawan berlainan gender

(**)Tips ini adalah paling penting kerana seandainya anda bergaduh dengan pasangan anda,jangan sekali-kali ceritanya masalah anda dengan rakan berlawanan gender. Berkemungkinan besar, kawan berlainan jenis itu akan menggunakan kelemahan hubungan anda dan mungkin akan memporak-porandakan hubungan anda.



(**)2. Usah Terhutang Budi

(**)Usah terhutang budi sekiranya pihak lain selalu menawarkan bantuan kepada anda ketika anda dalam kesusahan. Silap hari bulan anda akan rapat dan jatuh cinta kepada pihak ketiga itu.



(**)3. Sentiasa Ingatkan Diri Tentang Status Anda

(**)Sekiranya anda mempunyai  ikatan dalam perhubungan seperti sudah bertunang mahupun sudah berkahwin,sentiasalah ingatkan diri anda mengenai status anda itu. Jangan sesuka hati nak bergaul dengan pihak ketiga dengan mesra. Tanamkan dalam minda anda bahawa “Aku dah ada si dia yang paling penting dalam hidup ini”.



(**)4. Bersyukur dengan pasangan

(**)Tiada insan yang sempurna,oleh itu bersyukurlah dengan pasangan anda. Terimalah baik buruk beliau kerana si dia yang hadir menyinari hidup anda selama ini. Jangan rambang mata melihat pihak ketiga yang cantik mahupun kacak kerana fizikal hanya indah dipandang,lama kelamaan akan hilang ditelan usia. Hakikatnya kecantikan dalaman lebih berharga dari segala-galanya.



(**)5. Sentiasa Berkomunikasi Dengan Pasangan

(**)Jangan simpan di dalam hati sekiranya anda mempunyai masalah atau ada perkara yang membelenggu fikiran anda. Berboraklah selalu dan luahkanlah apa yang terbuku kat dalam hati anda. Anggaplah pasangan anda sebagai sahabat baik anda iaitu “tiada rahsia antara kami.



(**)6. Berdoalah Agar Dikuatkan Jodoh

(**)Sememangnya jodoh pertemuan memang di tangan Tuhan. Oleh itu berdoalah agar si dia akan sentiasa menjadi milik kamu dan bahagia hingga akhir hayat.

(**)Bagi anda yang terlibat dalam situasi cinta begini anda dinasihatkan untuk menghadapi masalah ini dengan baik dan jangan bertindak melulu kerana pastinya kesan sampingan yang buruk akan menguasai seperti perasaan dendam, kemurungan, hilang kepercayaan dan lain-lain lagi.



(**)Kesimpulan

(**)Ada banyak kisah cinta tiga segi di dalam dunia ini. Jika anda turut terjerat dalam cinta tiga segi, ada baiknya anda  mengupas apakah punca atau penyebabnya. Jika anda adalah orang ketiga dalam masalah ini, lebih baik jika anda ikhlaskan hati anda untuk melepaskan si dia. Namun, jika sahabat anda yang menjadi puncanya, selesaikanlah masalah ini sebaik-baiknya. Anda, si dia dan sahabat anda perlu mencari jalan terbaik, siapa yang harus mengalah.

(**)Dalam cinta tiga segi, setiap pilihan pasti akan melukakan hati salah seorang. Jika anda berada dalam keadaan untuk memilih, fikir baik-baik mana yang benar-benar tepat buat anda.Gunakan mata hati anda untuk membuat keputusan supaya anda tidak menyesal di kemudian hari!


EmoticonEmoticon