Tuesday, 24 May 2016

4 Cara Paling Berkesan Untuk Mencegah Jerawat

Tags


(**)Ada ke cara untuk mencegah jerawat supaya jangan muncul di wajah? Kalau nak tahu caranya, bacalah artikel ini sampai habis.


(**)Jerawat sering muncul di bahagian-bahagian tertentu tubuh, terutamanya di bahagian muka, dada dan belakang. Kemunculan jerawat biasanya terjadi ketika waktu subur atau usia akil baligh. Perkara ini terjadi disebabkan perubahan hormon di usia remaja yang menginjak dewasa.

(**)Jerawat nasi adalah jerawat yang bersaiz kecil dan sering dipanggil ‘blackhead’. Terdapat banyak di hidung dan pipi kerana ia meruakan kawasan yang paling banyak mengandungi minyak. Selain itu, jerawat kecil ini juga suka tumbuh di dahi. Biasanya jerawat nasi tidak sakit, tetapi sangat menganggu penampilan seseorang.

(**)Jerawat batu adalah jerawat yang berukuran besar dan sukar untuk sembuh. Kehadirannya sangat menganggu kerana apabila sudah ‘masak’ akan bernanah. Jerawat batu yang muncul di wajah boleh mencacatkan penampilan wajah,dan nilah yang paling ditakuti oleh ramai orang, terutama wanita.



(**)Cara Mudah & Efektif  Untuk Mencegah Jerawat

(**)Minum Air Putih Secukupnya
(**)Biarpun ramai yang tahu betapa pentingnya meminum air putih secukupnya untuk kesihatan, namun masih ada yang tidak suka minum. Air merupakan pembersih semulajadi yang membantu tubuh membuang racun dan sisa metabolisme tubuh yang boleh menyebabkan tumbuhnya jerawat. Selain itu, sistem tubuh secara keseluruhan juga akan menjadi semakin baik dan lancar jika anda minum air putih secukupnya.



(**)Jangan Picit Jerawat Dengan Tangan
(**)Menggunakan tangan untuk memicit jerawat merupakan kesalahan besar yang sering dilakukan oleh ramai orang. Memicit jerawat dengan tangan hanya akan menyebarkan bakteria di kawasan sekitar jerawat. Selain itu, memicit jerawat juga akan menyebabkan kulit menjadi kemerahand an memakan waktu yang lebih lama untuk proses penyembuhan.



(**)Manfaat Zinc & Sulfur
(**)Zinc dan sulfur membantu melawan dan menurunkan jumlah bakertia jahat yang boleh menyebabkan jerawat. Tingkatkan pengambilan zinc dalam makanan anda untuk mencegah dan menghilangkan jerawat.



(**)Pakai Masker Untuk Kulit Berjerawat
(**)Mentimun
(**)Mentimun boleh digunakan sebagai masker untuk menghilangkan jerawat. Parut mentimun yang sudah dicuci bersih, kemudian gunakan sebagai masker pada wajah yang berjerawat. Biarkan selama satu jam sebelum dibersihkan. Lakukan dua kali sehari, dan anda akan melihat hasilnya.



(**)Betik Masak
(**)Betik turut mengandungi vitamin C, kaya dengan pelbagai  manfaat dan nutrisi untuk kesihatan tubuh. Di samping itu, betik masak juga bagus untuk merawat kulit berjerawat. Ambil betik masak, kupas kulit dan buang bijinya. Cuci bersih dan blender sehingga lumat dan lumurkan pada wajah yang berjerawat. Biarkan kering kira-kira 15 minit, selepas itu barulah dicuci bersih.



(**)Oatmeal, Yoghurt & Lemon
(**)Campur satu sudu makan setiap bahan, iaitu oatmeal dan yoghurt. Kemudian, tambah beberapa titis jus lemon dan sapukan pasta ini ke wajah. Biarkan hingga kering, paling kurang  20 minit sebelum dibilas dengan air sejuk.Pakai masker ini, paling kurang tiga kali dalam seminggu untuk mengawal pembentukan jerawat dan meminimumkan kesan bekas-bekas jerawat.


EmoticonEmoticon