Sunday 17 April 2016

Tips Cara Betul Cukur Bulu Ketiak Supaya Tidak Hitam

Tags


(*)Yang menjadi masalah sekarang adalah kesan selepas mencukur. Ramai yang mengadu mengalami masalah ketiak hitam akibat kerap mencukur bulu. Atas sebab itu, kami ingin kongsikan kepada anda teknik yang betul dalam mencukur bulu ketiak supaya tidak menghitamkan kawasan berkenaan.


Berikut adalah cara-caranya:

1. Cukur dalam keadaan basah

(*)Bagi memudahkan proses mencukur bulu ketiak, basahkan kulit ketiak terlebih dahulu dan mulakan mencukur bulu secara perlahan-lahan. Kulit ketiak yang kering berisiko untuk luka ketika mencukur dan bakal mengalamai kesan sampingan yang tidak elok untuk ketiak anda. Bekas luka juga akan membuatkan ketiak menjadi gelap.


2. Guna pisau cukur berkualiti

(*)Pastikan anda menggunakan pisau cukur yang berkualiti dan bersesuaian. Pisau cukur yang digunakan haruslah tajam dan dalam keadaan yang baik, iaitu bersih dan tidak berkarat.


3. Guna krim mencukur

(*)Teknik selamat dalam mencukur bulu ketiak agar tidak terluka adalah dengan menyapu sedikit krim mencukur pada ketiak sebelum anda memulakan proses mencukur. Krim tersebut akan membantu melembutkan bulu dan melancarkan proses mencukur itu sendiri. Cara ini disarankan buat anda yang memiliki masalah kulit ketiak kering.


4. Guna pelembap

(*)Setelah selesai mencukur bulu, urut lembut kulit ketiak anda dengan menggunakan pelembap seperti krim ataupun losyen badan. Kaedah ini dilakukan bertujuan untuk memberi kelembapan pada kulit ketiak agar ia tidak menjadi kering dan rosak.


5. Tukar pisau cukur secara berkala

(*)Sebagai langkah keselamatan, pisau cukur yang digunakan haruslah diganti secara berkala, setidaknya 3-4 kali setiap bulan. Buang semua pisau cukur yang berkarat dan tidak boleh digunakan lagi.


EmoticonEmoticon