Sunday 17 April 2016

Resepi Sup Ekor Lembu Sedap

Tags


Bahan-Bahannya ialah:

(*)220gm ekor lembu – dipotong kecil
(*)600ml air stok daging
(*)60gm bawang merah
(*)20gm bawang putih
(*)5gm daun bawang
(*)30gm halia
(*)5gm cili padi
(*)1 batang serai
(*)10gm bunga lawang, pelaga, cengkih
(*)10gm kulit kayu manis
(*)2 sudu makan rempah sup
(*)1 biji buah tomato – dipotong
(*)½ biji limau nipis – ambil jusnya
(*)5gm bawang goreng
(*)Garam secukup rasa
(*)Minyak masak untuk menumis secukupnya


Cara Memasaknya ialah:

(*)1. Panaskan sedikit minyak di dalam periuk. Tumis kulit kayu manis, bunga lawang, pelaga, cengkih, serai, bawang merah, bawang putih dan halia sehingga wangi.

(*)2. Selepas itu masukkan rempah sup dan cili padi. Kacau sehingga pecah minyak.

(*)3. Kemudian masukkan air stok daging, kacau dan biarkan mendidih.

(*)4. Masukkan ekor tadi, jus limau nipis dan perasakan dengan garam secukup rasa.

(*)5. Selepas itu masukkan tomato dan biarkan mendidih seketika.

(*)6. Angkat, masukkan ke dalam mangkuk. Taburkan bawang goreng dan daun bawang.


EmoticonEmoticon