Tuesday, 26 April 2016

Resepi Mihun Goreng Singapore Gerek Seyhhhh

Tags


Bahan-Bahannya ialah:

(*)1/2 bungkus Mee Hoon – direndam hingga lembut & tos
(*)2 ulas bawang putih – ditumbuk halus
(*)1 ulas bawang merah – ditumbuk halus
(*)1 sudu udang kering – ditumbuk halus
(*)1 cawan udang basah
(*)1 keping dada ayam – dihiris nipis
(*)1 sudu kecil lada hitam – di tumbuk
(*)1 sudu kecil serbuk chicken stock
(*)1 cawan taugeh
(*)1/2 batang lobak merah – di parut kasar
(*)Garam secukup rasa
(*)Sedikit sos tiram
(*)2 biji telur
(*)Minyak secukupnya

Cara Memasaknya ialah:

(*)1. Panaskan sedikit minyak, masukkan telur dan goreng hancur hingga masak. Angkat dan ketepikan.

(*)2. Panaskan minyak, tumis bawang merah, bawang putih dan udang kering yang telah ditumbuk hingga wangi.

(*)3. Masukkan udang dan ayam. Goreng sebentar, kalau perlu masukkan sedikit air.

(*)4. Masukkan lada hitam, sos tiram, chicken stock dan sedikit garam. Kemudian masukkan mee hoon, taugeh dan lobak merah.

(*)5. Gaul sebati hingga masak. Akhir sekali masukkan telur hancur, gaul sehingga rata.

(*)6. Tutup api, angkat dan hidangkan dengan bawang goreng, hirisan daun bawang, dan cili merah.


EmoticonEmoticon