Bahan-Bahannya ialah:
Laksam –
(*)2 cwn tepung beras
(*)1/2 cwn tepung gandum
(*)2 sudu kecil tepung ubi
(*)secubit garam
4 cwn air suam
Kuah –
(*)1/2 kg ikan selayang/sardin/kembung
(*)sedikit halia
(*)5 biji bawang merah
(*)sedikit serbuk lada hitam
(*)3 cwn santan (dari 1 biji kelapa)
(*)sedikit asam keping
(*)sedikit gula
Cara Membuatnya ialah:
Laksam –
(*)1. Campur semua bahan dan gaul sebati. Perap dlm setengah jam.
(*)2. Sementara tu sediakan periuk kukusan atas api.
(*)3. Guna pinggan makan/ dulang untuk ganti loyang (ada loyang lagi baik)
(*)4. Letak pinggan tu dlm periuk kukusan. Tuang 2 senduk dan ratakan sampai nipis. Kukus sampai keras.
(*)5. keluarkan dan tunggu suam terus gulung. Gunting sederhana tebal.
Kuah –
(*)1. Rebus ikan dengan air dalam periuk. Paras air sama dengan paras atas ikan.
(*)2. Masukkan satu asam keping dan sedikit garam.
(*)3. Bila ikan sudah masak, keluarkan. Air rebusan jangan dibuang.Buang tulang ikan.
(*)4.Kisar isi ikan dengan halia, bawang merah dan air rebusan. Masakkan bahan kisaran dalam periuk.
(*)5.Tambahkan serbuk lada hitam, garam, satu lagi asam keping dan sedikit gula.
(*)6.Masukkan santan. Masak hingga kuah agak pekat.Tutup api.
Ulam –
(*)1. kacang panjang, kobis, daun kesum, bunga kantan, daun ketumbar – semua hiris halus dan campurkan bersama.
(*)2. Taugeh – direndam dalam air panas sebentar
(*)3. Timun – buang kulit, buang tengah dan hiris panjang
Sambal –
(*)1. Rebus semua cili selama 5 minit.
(*)2. Buang air rebusan dan tumbuk semua cili dengan sedikit garam.
(*)3. Tambahkan belacan dan sedikit air perahan limau nipis.
(*)4. Hidangkan laksam bersama kuah dan ulam-ulaman.
EmoticonEmoticon