Tuesday, 26 April 2016

Resepi Kuew Teow Goreng Istimewa Buatmu Wahai Sayang

Tags


Bahan-Bahannya ialah:

(*)1 bungkus kuey teow
(*)3 camca besar minyak masak
(*)200 gram isi ayam/udang
(*)2 fillet fish cake dipotong dadu
(*)3 sudu besar cili kisar
(*)2 ulas bawang putih
(*)2 ulas bawang merah
(*)sedikit ikan bilis (20g)
(*)segenggam daun kuchai
(*)sedikit taugeh
(*)sos tiram
(*)kicap pekat
(*)1 sudu besar sos ikan

Cara Membuatnya ialah:

(*)1. Tumbuk kasar ikan bilis,bawang besar dan bawang merah. (Anda juga boleh guna mesin pengisar kasar).

(*)2. Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk kasar dan cili kisar sehingga naik bau, kemudian masukkan ayam/udang dan fish cake.

(*)3. Masukkan kicap dan sos tiram serta sos ikan. Biarkan sehingga kering sedikit dan kemudian masukkan telur, kacau hancur. Masukkan kuey teow dan kacau sehingga sekata.

(*)4. Masukkan sayur taugeh dan kuchai. Garam dan gula secukup rasa. Goreng selama 5-8 minit. Siap dihidang.

Nota: Sos ikan adalah masin. Perlu berhati-hati untuk perasakan garam.


EmoticonEmoticon