Tuesday, 26 April 2016

Resepi Chicken Rangup Kriuk Kriuk

Tags


Bahan-Bahannya ialah:

Bahan Perap –

(*)2 keping paha ayam debone ( Dibuang tulang )
(*)2 sudu kecil serbuk/pati ayam
(*)1 sudu kecil serbuk lada putih
(*)1 sudu kecil serbuk lada hitam
(*)1 sudu besar jus lemon

Bahan Salutan –

(*)1 biji telur – di pukul
(*)1/2 cawan tepung jagung
(*)1/2 cawan breadcrumbs

Cara Membuatnya ialah:

(*)1. Gaul ayam bersama bahan-bahan perap hingga rata. Perap selama 4 jam di dalam peti sejuk.

(*)2. Salut ayam dengan tepung jagung hingga rata. Celupkan kedalam telur dan salut rata dengan breadcrumbs.

(*)3. Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan.

Sos lada hitam –

(*)1. Ambil lebihan bahan perapan tadi dan masukkan dalam periuk kemudian campur dengan 1/2 cawan air dan masak hingga mendidih.

(*)2. Sesuaikan rasa, masukkan sedikit garam, gula dan lada sulah, dan masukkan bancuhan tepung katakuriko ( tepung kentang) boleh juga di ganti dengan tepung jagung, untuk pekatkannya.

(*)3. Kalau ada minyak bijan masukkan 1 sudu kecil, sos lada hitam akan lebih sedap dan wangi.

Bahan Sampingan –

(*)1. Kentang Goreng atau kentang putar.

(*)2. Sayuran Tomato, daun salad, jagung, broccoli dan lobak merah.


EmoticonEmoticon