Thursday, 28 April 2016

Langkah-Langkah Jaga Kebersihan Ketika Period Yang Perlu Anda Ambil Tahu

Tags


(**)Sebagai wanita atau gadis yang aktif sudah pasti anda memerlukan pembalut wanita yang berdaya serap tinggi, supaya tidak lembab, permukaannya lembut agar tidak melecet dan tembus!


(**)Pembalut wanita yang bermutu sangat penting sebagai buat wanita sepanjang datang period. Keselesaan akan membuatkan anda berasa lebih yakin dan selesa ketika melakukan pelbagai aktiviti seharian. Sungguh pun begitu, sebenarnya bukan sekadar pembalut yang bermutu sahaja yang diperlukan untuk anda berasa lebih selesa ketika period.Tetapi, ia turut melibatkan sikap peribadi anda dalam menjaga kebersihan ketika datang period. Bukanlah sesukar mana kerana sebahagian besar proses menjaga kebersihan tersebut memang sudah anda lakukan, sekadar menerapkannya secara konsisten sahaja.


Mandi
(**)Jangan abaikan rutin mandi pagi dan petang. Keadaan cuaca yang tidak menentu, membuatkan anda sering berpeluh, sehingga perlu mandi ketika period. Mandi adalah proses penting untuk jaga kebersihan kawasan alat sulit (vagina)

Bertukar Pakaian Dalam
(**)Kenakan pakaian dalam yang bersih setiap kali selesai mandi. Pakaian dalam yang bersih akan membuatkan anda berasa lebih segar.

Pakai Deodorant
(**)Ketika period, tubuh akan mengeluarkan lebih banyak hormon estrogen. Hormon ini akan mengundang pengeluaran peluh dan minyak tubuh akan menjadi lebih banyak daripada biasa. Inilah yang menyebabkan tubuh cenderung berbau tidak sedap ketika period. Bagi memastikan anda tidak mengalami masalah ini, gunakanlah deodorant setiap kali selesai mandi.

Jaga Kebersihan Kulit
(**)Setelah menggunakan tandas, bilas bahagian kulit yang menempel pada permukaan tandas ketika anda membuang air. Perkara ini perlu dilakukan untuk mencegah risiko infeksi bakteria. Berbeza dari kebiasaannya, kulit di sekitar kawasan alat sulit cenderung lebih lemban ketika period, sehingga risiko infeksi bakteria lebih tinggi pada saat itu.

Cuci Tangan
(**)Jaga kebersihan tangan anda. Gunakan sabun untuk mencuci tangan dan bilas dengan air bersih, sebelum dan selepas anda menukar pembalut wanita.

Tukar Pembalut Wanita Setiap 3-4 Jam
(**)Ia dapat menghindari pembalut tersebut menjadi terlalu lembab dan menampung terlalu banyak darah period. Selebihnya, tentu sahajalah dapat mencegah terjadinya bau yang tidak menyenangkan.Oleh sebab itulah anda perlu jaga kebersihan diri ketika datang period.

Bungkus Kemas-Kemas
(**)Bungkus pembalut yang baru saja anda tukar itu dengan kertas, kemas-kemas.Kemudian masukkan ke dalam tong sampah. Jangan sesekali masukkan pembalut tersebut ke dalam tandas. Kandungan plastik anti bocor pada pembalut berpotensi menyumbat saluran tandas.


EmoticonEmoticon